Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kenaikan kadar faedah Fed akan jejas pinjaman di S’pura

Sep 22, 2022 | 05:06 PM



KENAIKAN kadar faedah terkini oleh Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat dalam usaha menangani inflasi yang melonjak akan menjejas Singapura, dengan kos pinjaman dijangka menjadi lebih mahal.


Ini sedang bank pusat Amerika Syarikat itu menaikkan kadar faedah sebanyak tiga perempat mata peratusan buat kali ketiga berturut-turut, yang memberi isyarat bahawa kos pinjaman akan terus meningkat tahun ini.


Tidak seperti bank pusat lain, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memerangi inflasi – kadar perubahan dalam harga – dengan menguruskan kadar pertukaran negara ini terhadap rakan dagangan utamanya, lapor The Straits Times.


Kenaikan kadar Fed terkini bermakna pinjaman akan menjadi lebih mahal.

Peningkatan dalam kadar Fed akan dilihat dalam pasaran tunai dolar Singapura antara bank semalaman.


Penanda aras sebulan Purata Kadar Semalaman Singapura, atau Sora, yang digunakan untuk menetapkan harga pinjaman rumah, meningkat daripada 0.1174 peratus pada Oktober 2021 – apabila MAS memulakan kitaran pengetatannya – kepada 2.0737 peratus pada Rabu (21 Sep).


Namun, MAS boleh memilih untuk menguruskan kadar tempatan dengan mempengaruhi ketersediaan dolar Singapura dalam pasaran wang antara bank di sini, dengan tujuan untuk mengelakkan perubahan besar dalam kos pinjaman.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >