Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keppel jalin kerjasama teroka pengeluaran bahan api mampan

Dec 11, 2023 | 4:11 PM
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN: Keppel dan AM Green menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) yang antara lain bertujuan membangun bahan api mampan pada persidangan iklim COP28 di Dubai. (Dari kiri) Pengarah Urusan bagi kuasa dan tenaga boleh diperbaharui, Divisyen Prasarana Keppel, Cik Janice Bong; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisyen Prasarana Keppel, Cik Cindy Lim; Presiden AM Green, Encik Mahesh Kolli; dan Ketua Pembangunan Perniagaan AM Green, Encik Prasad Joshi.
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN: Keppel dan AM Green menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) yang antara lain bertujuan membangun bahan api mampan pada persidangan iklim COP28 di Dubai. (Dari kiri) Pengarah Urusan bagi kuasa dan tenaga boleh diperbaharui, Divisyen Prasarana Keppel, Cik Janice Bong; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisyen Prasarana Keppel, Cik Cindy Lim; Presiden AM Green, Encik Mahesh Kolli; dan Ketua Pembangunan Perniagaan AM Green, Encik Prasad Joshi. - Foto KEPPEL/AM GREEN

Divisyen prasarana Keppel Corporation dan pengilang AM Green, yang dimiliki sepenuhnya oleh pengasas Greenko yang berpangkalan di Hyderabad, India, menjalin kerjasama untuk meneroka pelbagai peluang dalam menghasilkan bahan api mampan berasaskan karbon biogenik di Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Kedua-dua rakan kongsi itu menganggar kedua-dua wilayah itu boleh memanfaatkan dan mengumpul sekurang-kurangnya satu juta tan karbon dioksida biogenik setiap tahun.

Karbon dioksida boleh digunakan untuk menghasilkan bahan api mampan seperti mentol biologi dan hijau, etanol generasi kedua dan bahan api penerbangan mampan di kilang AM Green, lapor The Straits Times (ST).

Bahan api sedemikian boleh berfungsi sebagai alternatif mampan dan mesra alam kepada bahan api fosil untuk menyokong usaha menyahkarbon operasi perindustrian berat dan sektor penerbangan, kata Keppel dan AM Green pada 11 Disember.

Kedua-dua Keppel dan AM Green menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menilai dan membangun secara bersama pelbagai projek itu pada persidangan iklim COP28 di Dubai.

Kerjasama ini bertujuan merangsang penghasilan biobahan api dan bahan api penerbangan mampan generasi seterusnya di rantau ini, yang boleh menggantikan bahan api fosil, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Divisyen Prasarana Keppel, Cik Cindy Lim.

“Pengalaman Keppel dalam mengendali dan merawat sisa domestik dan bahan mentah organik, serta pengetahuan kami dalam kerja kitaran karbon yang berkesan, akan memanfaatkan kerjasama dengan AM Green,” jelas beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg