Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keppel tolak dakwaan rasuah terbaru dalam siasatan Petrobras

Jul 25, 2016 | 12:59 PM
Limbungan kapal Keppel di Brazil.
Limbungan kapal Keppel di Brazil. - GAMBAR KEPPEL

KEPPEL Corp menafikan dakwaan terkini bahawa ia terlibat dalam satu rasuah besar-besaran dan skandal rasuah di Brazil.

Dalam makluman kepada Bursa Singapura pada lewat Ahad malam (24 Julai), syarikat itu berkata ia menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Encik Zwi Skornicki mengenai pelibatan Keppel dalam bayaran haram yang dibuat olehnya.

Dakwaan itu terkandung dalam keterangan yang diberi Encik Skornicki pada 21 Julai berhubung siasatan Lava Jato yang sedang berterusan.

'Lava Jato', bermakna 'Cuci Kereta' dalam bahasa Portugis, merujuk kepada siasatan rasuah yang bermula kira-kira dua tahun lalu.

Pihak berkuasa di Brazil sedang menyiasat dakwaan bahawa kontraktor bagi syarikat gergasi minyak negara Petrobras dan pembekal pelantar Sete Brasil, yang termasuk banyak kumpulan binaan terbesar di negara itu dan syarikat asing, membayar rasuah kepada eksekutif syarikat itu dan ahli politik sebagai ganjaran bagi kontrak bernilai berpuluh-puluh bilion dolar.

Dalam keterangan mahkamah sebelum ini, Encik Skornichi, seorang orang tengah kewangan, didakwa membuat bayaran haram berkaitan kontrak yang dimeterai antara entiti Keppel tertentu dengan Petrobras dan/atau Sete Brasil.

Pada awal tahun ini, Keppel menggantung hubungan agensinya dengan Encik Skornichi sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa relevan ke atas tuduhan tersebut.

Dalam kenyataannya pada Ahad, Keppel mengulangi pendiriannya tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk kegiatan haram, termasuk sogokan dan rasuah, baik melibatkan pekerja mahupun sekutunya, dan berkata ia akan mengambil semua langkah yang perlu untuk membasmi perbuatan sedemikian jika ia ditemui.

"Kami tidak dapat mengulas lanjut memandangkan siasatan sedang dijalankan," tambah Keppel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg