Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kerjasama dimeterai banteras jenayah, penipuan rentas sempadan

Oct 12, 2023 | 03:50 PM



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Suruhanjaya Komuniksi Federal (FCC) Amerika Syarikat telah memeterai satu memorandum persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan usaha rentas sempadan memerangi komunikasi yang tidak diminta dan menyalahi undang-undang, termasuk penipuan.

MOU itu bertujuan meningkatkan kerjasama dalam aktiviti penguatkuasaan kawal selia berkaitan penipuan dan pertukaran maklumat bersama dalam aspek rangka kerja peraturan dan penyelesaian dasar dan teknikal berkaitan komunikasi yang tidak diminta dan menyalahi undang-undang di Singapura dan Amerika.

Dengan bekerjasama dan berkongsi pandangan strategik tentang penipuan, IMDA dan FCC mahu memerangi ancaman penipuan yang semakin meningkat dan dengan itu, mengurangkan risiko rakyat dan perniagaan terdedah kepada aktiviti penipuan.

MOU itu ditandatangani oleh ketua eksekutif IMDA, Encik Lew Chuen Hong, dan pengerusi FCC, Cik Jessica Rosenworcel, dalam satu majlis di Washington pada 11 Oktober 2023.

Encik Lew, berkata: “Kerjasama antarabangsa adalah kunci untuk memelihara kepercayaan bagi kepentingan digital, terutama apabila menangani isu seperti penipuan dalam talian yang merentasi sempadan.

“Perjanjian ini dibina atas hubungan kukuh antara Singapura dengan Amerika Syarikat dalam usaha melindungi persekitaran digital kami.”

Cik Rosenworcel pula menambah: “Penipuan panggilan robot haram atau robocall tidak menghormati sempadan antarabangsa dan merupakan masalah buat pelanggan dan perniagaan di merata dunia.


“Adalah penting kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi seperti rakan sekerja kami di Singapura untuk berkongsi komitmen menentang penipuan panggilan robot haram dan mendedahkan penipu tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Lew dan pasukannya atas hubungan kerjasama yang aktif dan produktif. Kami akan terus menjadikan panggilan robot haram sebagai keutamaan untuk melindungi pelanggan.”

Kededua IMDA dan FCC mengiktiraf peri pentingnya membina pendekatan global dan bersepadu untuk menangani penipuan yang semakin meningkat.

MOU itu dibina atas usaha FCC dan IMDA untuk bekerjasama dengan pengawal selia antarabangsa dalam usaha menentang penipuan menerusi saluran komunikasi seperti panggilan dan mesej telefon bimbit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >