Topik diikuti
Pergi ke BHkuKerjasama STB, Expedia bagi rangsang pelancongan setempat
Kerjasama STB, Expedia bagi rangsang pelancongan setempat
LEMBAGA Pelancongan Singapura (STB) dan laman khidmat pelancongan Expedia bergabung tenaga untuk merangsang industri pelancongan setempat, serta meletakkan Singapura dalam kedudukan kukuh apabila pelancongan global kembali pulih.
Bermula sekarang hingga April tahun depan, STB dan Expedia akan bekerjasama untuk menyokong kempen SingapoRediscovers yang bertujuan menggalakkan penduduk setempat meneroka tempat-tempat menarik di sini.
