Kesatuan Eropah berselisih, tangguh keputusan tetapkan had harga gas
Premium
Kesatuan Eropah berselisih, tangguh keputusan tetapkan had harga gas
Dec 15, 2022 | 5:30 AM

TANGGUH KEPUTUSAN: Russia telah menyekat penghantaran bekalan gas semula jadi ke Eropah sebagai bantahan terhadap sekatan EU selepas Russia menceroboh Ukraine, sekali gus menyebabkan harga tenaga elektrik melonjak. - Foto REUTERS -
BRUSSELS: Para menteri tenaga elektrik negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dalam satu sidang di Brussels kelmarin gagal mencapai persetujuan untuk menetapkan had kepada harga gas semula jadi, selepas beberapa bulan membincangkan sama ada langkah itu akan dapat meredakan krisis tenaga di Eropah.
Memberi respons kepada beberapa permintaan yang telah diulangi oleh beberapa negara, Pesuruhjaya Eropah mencadangkan had harga itu bulan lalu sebagai langkah terkini EU bagi menangani kemelut ekonomi yang disebabkan rantaian bekalan gas yang diputuskan Russia, sekali gus menyebabkan harga tenaga elektrik melonjak.

