Ketua CIMB SG kongsi strategi bagi rebut peluang selepas pandemik
Premium
Ketua CIMB SG kongsi strategi bagi rebut peluang selepas pandemik
CEO: Beri penekanan pada pertumbuhan mampan, portfolio niaga kekuatan bank
Aug 20, 2022 | 5:30 AM
-
CIMB Singapore akan memberi lebih banyak tumpuan pada beberapa bidang termasuk perbankan pengguna, komersial dan korporat, sebagai sebahagian strateginya untuk terus berkembang sedang ekonomi pulih menyusuli pandemik Covid-19 selama dua tahun, kata ketua pegawai eksekutif (CEO) bank itu, Encik Victor Lee (gambar atas), dalam satu wawancara bersama Berita Harian (BH).
Sebagai sebahagian strategi Forward23+ bank berpangkalan di Malaysia itu, rancangan bagi perniagaan Singapuranya telah disesuaikan untuk memberi penekanan pada pertumbuhan mampan dan portfolio perniagaan yang menjadi bidang kekuatan mereka.

