Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ketua kesatuan turun padang beri bantuan, nasihat pekerjaan

Meletakkan kepentingan orang lain sebelum kepentingan diri sendiri adalah sesuatu yang senang diucapkan tapi sukar dilaksanakan. Namun, dua individu ini telah menyerlahkan semangat tersebut dengan menjalankan kewajipan sebagai penjaga dan tanggungjawab sebagai pemimpin kesatuan. Ikuti kisah pengorbanan mereka
May 30, 2022 | 05:30 AM



SEJAK dua bulan lalu, ketua kesatuan Cik Shahna'z Harris telah melawat rumah ke rumah penduduk di Bedok dan Geylang yang memerlukan bantuan dan nasihat pekerjaan.



Cabaran dihadapi penduduk ditemui itu cukup membuka mata Cik Shahna'z, 34 tahun - daripada mereka yang kehilangan pekerjaan bergaji tinggi hingga kepada makcik yang ingin bekerja tetapi ada masalah kesihatan.



Beliau kini 'dipasangkan' dengan empat penduduk dalam program mendampingi masyarakat yang dirintis oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Cik Shahna'z yang merupakan anggota eksko Kesatuan Pekerja DBS, adalah antara tujuh ketua kesatuan Melayu/Islam yang terlibat dalam inisiatif rumah ke rumah untuk membantu golongan pekerja dan pencari kerja berisiko di bandar M3.



Inisiatif itu adalah sebahagian daripada strategi utama Bidang Tumpuan 4 (FA4) M Kuasa Tiga (M³) yang bertujuan mempertingkat keupayaan tenaga kerja Melayu/Islam.



Sejak dimulakan dua bulan lalu, para sukarelawan yang terdiri daripada ketua kesatuan, telah mendekati lebih separuh daripada 50 isi rumah yang disenaraikan untuk menerima bantuan.



Semasa ditemui, Cik Shahna'z yang bekerja sepenuh masa sebagai pakar pembelajaran di bank DBS, menceritakan ini pertama kali beliau menjadi mentor atau pembimbing kepada mereka yang mengalami cabaran pekerjaan.



Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata:



"Cabaran penduduk yang ditemui memang lebih rumit daripada orang biasa, seperti awak dan saya.



"Ada daripada golongan yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik, ada yang lebih lanjut usia.



"Jadi pada asasnya, matlamat utama kami ialah untuk mencari huraian untuk semua orang, tidak kira apa sahaja latar belakang mereka mahupun masalah yang dihadapi.



"Ini dalam usaha kami memastikan agar mereka dapat menjalani kehidupan hari ke hari, yang lebih baik."



Dalam hal ini, sebagai pendamping kepada penduduk ini, Cik Shahna'z berkata apa yang paling penting ialah untuknya mendengar cabaran atau masalah mereka serta memberi nasihat dan bimbingan yang tepat.



"Saya seperti rakan sukarelawan lain akan cuba mengenal pasti apa sebenarnya yang mereka perlukan - sama ada latihan, bimbingan mengenai pekerjaan atau peranan baru serta apakah saluran bantuan yang ada untuk kami hubungkan dengan mereka," ujarnya yang giat dalam bidang kesatuan sejak 2009.



Apabila ditanya mengenai keprihatinan yang dikongsi ramai penduduk ditemui itu, Cik Shahna'z menceritakan bahawa ramai yang tidak mempunyai strategi dalam pekerjaan mereka.



"Jadi ramai daripada mereka hanya memikirkan tentang keperluan kewangan pada masa kini, contohnya, pemikiran mereka lebih kepada "Hari ini saya cukup wang ke tidak?" atau "Saya bekerja untuk pastikan ada wang untuk hari ini".



"Ini sesuatu yang boleh difahamkan.



"Namun pada masa yang sama, kami juga perlu memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka untuk mengimbangi matlamat jangka pendek dan jangka panjang.



"Seseorang itu perlu ada strategi jika mereka harapkan untuk mendapat pendapatan lebih tinggi. Misalnya, seseorang bergaji $1,000 sekarang dan mahu meraih $4,000 pada masa depan. Maka beliau harus sedar ini tidak boleh berlaku semalaman, dan memerlukan mereka untuk membuat pilihan untuk meningkatkan diri atau tidak dalam pekerjaan itu," jelasnya.



Sementara itu, Cik Shahna'z menganggap penglibatannya dalam inisiatif ini sebagai sesuatu yang agak berbeza daripada kegiatan kesatuan yang pernah disertainya sebelum ini.



Harapan beliau ialah penglibatannya itu dapat memberi sedikit kesan dan membawa perubahan dalam kehidupan seseorang.



"Tidak seperti kegiatan lain yang pernah saya sertai, saya merasakan rasa pemilikan ke atas inisiatif ini sebab saya harus secara tetap menghubungi dan membantu individu sehingga beliau dapat mencapai matlamat atau menghuraikan cabarannya.



"Saya berharap lebih ramai ketua kesatuan Melayu/Islam kita akan tampil ke depan dan menghulurkan bantuan serta berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka," tambahnya yang turut menjadi sukarela dalam sesi bertemu anggota parlimen di kawasan undinya di Choa Chu Kang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >