Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ketua perniagaan wanita di SG, UAE boleh kerjasama, kongsi kepakaran

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



KETUA perniagaan wanita di Singapura dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) boleh bekerjasama dan berkongsi kepakaran dalam beberapa bidang seperti kesenian, budaya, rekaan dan pemakanan.



Demikian menurut satu panel webinar anjuran Majlis Perniagaan UAE-Singapura dan Kedutaan UAE di Singapura semalam, yang terdiri daripada ketua-ketua perniagaan.



Webinar berjudul 'Wanita dalam Perniagaan: UAE & Singapura' bertujuan untuk menghubungkan usahawan wanita dari kededua negara bagi berkongsi pengalaman dan menggalak menjalin rangkaian.



Ia turut dihadiri oleh Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann; Cik Shamma bint Suhail Faris Al Mazrui, Menteri Ehwal Belia UAE dan Encik Jamal Abdulla Al Suwaidi, Duta UAE ke Singapura serta penaung Majlis Perniagaan UAE Singapura.



Ketua Pegawai Eksekutif Mewah International, Singapura, Cik Michelle Cheo, berkata Singapura dan UAE mempunyai persamaan dalam aspek tertentu seperti ekonomi terbuka dan menghargai bakat global.



"Sebagai hab dagangan, ini adalah dua aspek penting dalam kejayaan kita.



"Keterbukaan kededua negara sebagai hab dagangan bermakna kita juga amat terbuka kepada bakat dari merata dunia...kita boleh bekerjasama dalam hal ini," ujar beliau.



Berkongsi pandangannya, Cik Salama Al Shamsi, Pengarah Tapak Bersejarah dan Qasr al Hosn, Jabatan Budaya dan Pelancongan Abu Dhabi melihat potensi dalam bidang budaya dan kreatif.



"Saya percaya perkongsian dan pertukaran dalam bidang muzium boleh membuahkan hasil yang baik...Abu Dhabi mahupun amiriah lain, perlu bekerjasama dengan Singapura dalam hal ini.



"Selain itu bidang utama seperti kraf tangan dan rekaan, ada peluang untuk artis dari kededua negara bekerja rapat dan mengadakan perbincangan.



"Ia bukan hanya memanfaatkan dua negara tetapi budaya sedunia, dan kerjasama ini boleh mencetuskan ilham untuk semua," katanya.



Satu bidang kerjasama yang berpotensi adalah dalam kesihatan, khususnya pemakanan, menurut Cik Helene Raudaschl, Pengasas dan Pengerusi Indoguna Productions FZCO.



"Saya rasa satu topik yang dikongsi kededua negara ialah bagaimana kita mahu mendidik semua lapisan masyarakat, khususnya generasi muda untuk meningkatkan kesihatan dan kemampanan.



"Dan ini sesuatu yang boleh didorong oleh kaum wanita kerana pada hari ini, wanita tetap mempunyai peranan besar di dapur rumah mereka. Jadi kita boleh bekerjasama dalam hal ini apatahlah lagi isu-isu kesihatan amat digalak di kededua negara," ujar beliau yang syarikatnya memiliki loji pengilangan makanan halal di UAE.



Sementara itu, peranan wanita dalam hubungan dua hala turut ditekankan oleh Cik Sim Ann.



Dalam ucapannya, beliau berkata masyarakat peniaga wanita dari kededua negara memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala, selain daripada menjadi contoh dan mentor kepada golongan wanita muda.



"Kekuatan hubungan dua negara kita menjangkaui statistik...kita berkongsi pandangan serupa mengenai peranan penting yang dimainkan oleh wanita kita dalam masyarakat," ujar beliau.



Dalam hal ini, Singapura dan UAE telah menjalankan banyak usaha untuk memperkasakan warga wanita masing-masing.



"Namun tugas untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala ini bukan hanya dipikul oleh kededua pemerintah sahaja.



"Setiap daripada anda boleh menjadi jambatan di antara Singapura dengan UAE untuk membantu masyarakat kita lebih terhubung," terang Cik Sim Ann.



Tambah beliau, webinar itu bertepatan masa memandangkan UAE baru sahaja menyambut Hari Wanita pada 28 Ogos manakala Singapura meraikan kaum Hawa dalam kempen SG Wanita tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >