Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keuntungan operasi tahunan SIA junam 94.5% dek Covid-19

May 14, 2020 | 11:28 PM
Singapore Airlines melaporkan keuntungan operasi tahunan sebanyak $59 juta. - Foto FAIL ST
Singapore Airlines melaporkan keuntungan operasi tahunan sebanyak $59 juta. - Foto FAIL ST -

SYARIKAT penerbangan negara Singapore Airlines menyaksikan keuntungan operasi tahunannya menjunam 94.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, sedang pandemik koronavirus memaksa pesawat untuk mendarat dan menyebabkan sebahagian besar perjalanan global terhenti.

Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, kumpulan itu melaporkan keuntungan operasi sebanyak $59 juta, merosot daripada $1.067 bilion yang dicatat pada tahun kewangan lalu.

Kerugian bersih tahun ini adalah $ 212 juta - kerugian bersih tahunan pertama dalam sejarah 48 tahun syarikat penerbangan itu.

"Kemerosotan prestasi operasi dari Januari hingga Mac 2020 menghakis peningkatan yang dicapai dalam sembilan bulan pertama tahun kewangan ini," kata SIA pada Khamis (14 Mei).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg