Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keuntungan Singtel naik 14% didorong pelaksanaan 5G, khidmat bimbit

May 25, 2023 | 04:28 PM



SINGTEL mencatatkan keuntungan bersih yang naik sebanyak 14 peratus bagi sepanjang tahun, sedang perniagaan utamanya meraih manfaat daripada pemulihan perjalanan antarabangsa dan khidmat perayauan serta pelaksanaan 5G yang meningkat.

Syarikat itu turut mencatatkan pertumbuhan rancak bagi produk mudah alih dan kenaikan harga, disokong oleh permintaan yang cergas bagi khidmat teknologi maklumat dan perhubungan.

Firma telekom terbesar di Asia Tenggara itu menjelaskan bahawa keuntungan bersihnya bagi tahun yang berakhir Mac adalah sebanyak $2.23 bilion berbanding $1.95 bilion pada setahun lalu.

Para pengamat meramalkan keuntungan bersih $2.26 bilion, menurut Refinitiv.


Sumbangan keuntungan sebelum cukai dari perniagaan sekutunya di rantau ini tumbuh 10 peratus walaupun dengan ketidaktentuan mata wang, manakala Bharti Airtel, yang dimiliki sebahagiannya dan merupakan syarikat telekom nombor dua di India berdasarkan pelanggan, melaporkan pendapatan kukuh ekoran pendapatan purata alat bimbit bagi setiap pengguna lebih tinggi.

Unit Australia Singtel, Optus, menyaksikan pendapatan operasi tumbuh 2.8 peratus dengan pertumbuhan bagi perniagaan data tetap dan alat bimbit.

Menurut Singtel, ia menjangkakan perbelanjaan modal utama akan mencapai sekitar $2.1 bilion pada tahun fiskal 2024, sambil menambah ia akan melabur sekitar $0.5 bilion dalam pusat data dan satelit pada tahun kewangan seterusnya.

“Prestasi kewangan kami yang mantap pada tahun kedua penyusunan semula strategik, mencerminkan kemajuan nyata yang kami lakukan berdasarkan keutamaan perniagaan kami walaupun dalam sekitaran ekonomi makro yang tidak menentu,” jelas Ketua Eksekutif Kumpulan, Encik Yuen Kuan Moon.

Bagi separuh tahun kedua yang berakhir Mac, syarikat itu mencatatkan pendapatan yang meningkat 6.1 peratus kepada $1.1 bilion, berbanding $994.5 juta pada setahun lalu.

Singtel telah mengusulkan dividen terakhir sebanyak 5.3 sen bagi setiap saham. Termasuk dividen interim sebanyak 4.6 sen bagi setiap saham, dividen biasa keseluruhan mencapai 9.9 sen setiap saham.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >