Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keuntungan suku kedua UOB naik 27% kepada $1.4b

Jul 27, 2023 | 02:19 PM



Pendapatan UOB pada suku kedua 2023 terus meningkat hasil kadar faedah tinggi dan juga dirangsang oleh pemulihan pendapatan daripada perbendaharaan, perdagangan dan kegiatan pengurusan kecairan berkenaan pelanggan.

Ini berlaku walaupun ia mengetepikan lebih banyak elaun untuk potensi pinjaman lapuk di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan untuk satu akaun korporat khusus di Thailand, menurut laporan akhbar The Straits Times.


UOB juga merendahkan unjuran pertumbuhan pendapatan yuran pada 2023, menandakan prospek yang lebih mencabar.

Pendapatan yuran akan berkembang pada peratusan satu angka tinggi pada 2023, kata ketua eksekutif, Encik Wee Ee Cheong, pada Khamis, dalam pembentangan tentang keputusan bank.

Ini susut daripada pertumbuhan dua angka yang diunjurkan pada suku 2022.

Encik Wee mengulangi ramalannya bagi pertumbuhan pinjaman satu angka rendah hingga pertengahan pada 2023.

Bank itu mengisytiharkan dividen interim sebanyak 85 sen bagi setiap saham, satu kenaikan daripada 60 sen pada suku tahun kedua pada 2022. Ini mewakii nisbah pembayaran kira-kira 49 peratus.

Keuntungan bersih bagi bank terbesar ketiga Singapura meningkat 27 peratus ke $1.42 bilion, daripada $1.11 bilion dalam tempoh sama pada 2022.

Pendapatan itu sejajar dengan ramalan $1.43 bilion oleh penganalisis dalam satu tinjauan Refinitiv.

Ia termasuk perbelanjaan satu kali sahaja berkenaan pemerolehan perniagaan perbankan pelanggan Citigroup Malaysia, Thailand dan Vietnam. 

Tidak termasuk ini, keuntungan bersih teras mencapai $1.51 bilion, mewakili 35 peratus peningkatan daripada tempoh sama pada 2022.

Encik Wee kata bank menjangka rantauan Asean untuk kekal berdaya tahan, menambah: “Pertumbuhan akan disokong dengan persekitaran kadar faedah yang lebih sederhana di rantauan ini dan peningkatan dalam pelancongan dan permintaan untuk perkhidmatan.”

“Pemerolehan Citigroup kami sedang berkembang dengan baik. Kedudukan pasaran dan pangkalan pelanggan kami yang diperkukuh membuka lebih banyak peluang untuk perkongsian global dan tawaran yang dipertingkatkan untuk pelanggan kami.”

Pendapatan faedah pada suku kedua UOB meningkat 31 peratus tahun ke tahun, diterajui oleh pengembangan 45 mata asas dalam margin faedah bersih – pengukur utama keuntungan pemberi pinjaman.

Walau bagaimanapun, yuran berkaitan pinjaman dan pengurusan kekayaan tiada kadar faedah atau mempunyai kadar faedah lebih rendah berbanding tahun lalu kerana sentimen pelabur kekal lemah.

Penurunan ini sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan dalam yuran kad.

Pendapatan bukan faedah lain meningkat lebih daripada dua kali ganda kepada $581 juta, daripada $273 juta setahun yang lalu, berdasarkan pendapatan perbendaharaan berkaitan pelanggan yang lebih tinggi dan prestasi kukuh daripada aktiviti perdagangan dan pengurusan kecairan pada suku kedua.

Saham UOB didagangkan naik 24 sen, atau 0.8 peratus, pada $28.93 pada 9.06 pagi Khamis, selepas pengumuman pendapatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >