Syarikat telekomunikasi Singtel melaporkan penurunan sebanyak 23 peratus bagi keuntungan bersih dalam suku pertama pada Isnin, menyatakan ia akibat kesan di Bharti Airtel di Nigeria apabila mata wang Nigeria, naira, menyusut mendadak berbanding dolar Amerika Syarikat serta kos yang tinggi.
Singtel, syarikat telekomunikasi terbesar Asia Tenggara, memiliki 29.5 peratus kepentingan dalam Bharti Airtel, syarikat perkhidmatan telekomunikasi berbilang negara yang beroperasi di 17 negara merentasi Asia dan Afrika dan berpangkalan di New Delhi, India.
Menurut Singtel, keuntungan bersih suku tahun yang berakhir pada 30 Jun 2023 berjumlah $483 juta, berbanding $628 juta pada tahun sebelumnya.
Dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 Jun 2023, Singtel mencatatkan kerugian besar sebanyak $88 juta disebabkan susut nilai mendadak bagi naira berbanding keuntungan besar sebanyak $129 juta setahun lalu.
Keuntungan bersih suku tahun meraih keuntungan 14.5 peratus kepada $571 juta.
Singtel juga merakamkan penurunan 2.7 peratus kepada $3.49 bilion bagi hasil operasi pada suku pertama akibat masalah pertukaran mata wang dan persaingan.
“Walaupun kami lihat prestasi lebih baik dan sumbangan lebih tinggi daripada rakan perniagaan serantau sedang pasaran semakin baik - persaingan lebih tinggi dan penurunan perkhidmatan memberi kesan pada perniagaan telekomunikasi utama kami di Singapura dan Australia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Singtel, Encik Yuen Kuan Moon.
Optus, unit penjana hasil utama Singtel menyaksikan peningkatan dalam hasil operasi pada suku tahun, tetapi kos lebih tinggi akibat inflasi dan perbelanjaan tenaga mengurangkan pendapatan operasi mereka, yang jatuh 5.5 peratus kepada $456 juta. – Reuters