Kilang terbesar dunia bagi bahan api jet dari sisa buangan kini di S'pura
Premium
Kilang terbesar dunia bagi bahan api jet dari sisa buangan kini di S'pura
Langkah Neste perluas kapasiti kilang penapisan di Tuas South langkah penting dalam usaha S'pura kurangi pelepasan karbon
May 18, 2023 | 5:30 AM
PELUASAN KILANG: Neste kini boleh menghasilkan sehingga satu juta tan bahan api penerbangan mampan setiap tahun. - Foto ST -
SINGAPURA kini mempunyai kemudahan penghasilan bahan api jet diperbuat daripada sisa buangan seperti minyak masak terpakai dan lemak haiwan terbesar di dunia - satu langkah penting dalam usaha negara ini mengurangkan pelepasan karbonnya.
Ini setelah syarikat gergasi tenaga Finland, Neste, mengembangkan kapasiti kilang penapisannya di Tuas South sebagai sebahagian daripada projek 1.6 bilion euro ($2.3 bilion), yang bermula pada 2019 tetapi tertangguh setahun akibat Covid-19.

