Kios FastJobs bantu warga emas cari kerja sambilan, sementara
Premium
Kios FastJobs bantu warga emas cari kerja sambilan, sementara
Aug 11, 2018 | 5:30 AM
KIOS FASTJOBS: Cik Joelle Pang (kanan) menerangkan kepada Encik Sam Tan tentang kios FastJobs yang disediakan antaranya untuk warga emas di Radin Mas mencari pekerjaan sambilan dan sementara. - Foto BH oleh SONG TAO -
PENDUDUK Radin Mas terutama warga emas yang ingin mencari kerja sementara, sambilan dan kontrak kini boleh mencari dan memohon bagi pekerjaan itu dalam kejiranan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ini menyusuli pelancaran kios pertama portal pekerjaan FastJobs di Kelab Masyarakat Radin Mas kelmarin sebagai sebahagian daripada usaha menghubungkan pekerja lebih tua dengan peluang pekerjaan yang dekat dengan rumah mereka.

