Mutu kerja tinggi bantu Kawan Creative perluas niaga di luar negara
Premium
Mutu kerja tinggi bantu Kawan Creative perluas niaga di luar negara
Sep 20, 2016 | 5:30 AM

TINGKAT KEMAHIRAN: Encik Aziz (sedang beri penerangan) menggunakan hologram iaitu pemancaran lampu dalam skrin - satu teknik khas - bagi mempamerkan imej bentuk 3D bagi pelancaran kereta BMW yang diadakannya. - Foto KAWAN CREATIVE -
APABILA mendapat projek di luar negara, pemilik bersama syarikat penganjur acara Singapura, Kawan Creative International, Encik Aziz Mohammad, memastikan mutu kerja yang tinggi diberikan - mencerminkan jenama Singapura yang sering dipandang tinggi.
Walaupun sudah lebih tiga dekad berkecimpung dalam bidang penganjuran acara, beliau sering mempertingkat diri dengan menghadiri kursus dan sidang di luar negara agar kemahiran teknikal itu terus diasah, lebih-lebih lagi dalam zaman teknologi yang berubah pesat.

