Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Konflik Timur Tengah cetus kebimbangan dalam pasaran

Oct 16, 2023 | 02:31 PM



Keadaan pasaran kini menjadi lebih buruk daripada jangkaan dan konflik yang tercetus di Timur Tengah sejak 7 Oktober lalu dijangka menambah tekanan ke atas harga minyak, menyumbang kepada inflasi dan memaksa bank pusat terus bersikap agresif.

Jika konflik itu merebak menjadi konflik serantau, ia boleh membawa kepada kemelesetan ekonomi sedunia, lapor The Straits Times.


Sementara itu, kenaikan 3.7 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat pada September berbanding jangkaan kenaikan 3.6 peratus, ditambah pula dengan laporan pekerjaan yang lebih baik, boleh mendorong Rizab Persekutuan Amerika menghentikan langkah menurunkan kadar faedah, pada masa depan.

Namun, inflasi teras CPI Amerika jatuh kepada 4.1 peratus, sejajar jangkaan.

Konflik yang tercetus itu juga melihat harga minyak melonjak 6 peratus sepanjang minggu.

Harga tenaga boleh mencecah paras tertinggi baru tahun ini jika ia menjadi konflik serantau.

Rakan kongsi pengurusan di SPI Asset Management, Encik Stephen Innes, menulis bahawa perkembangan terkini di Timur Tengah telah menambahkan kebimbangan geopolitik bagi pelabur.

“Mereka sudah pun berdepan dengan kesan konflik Ukraine dan bersiap sedia untuk kemungkinan konflik di Timur Tengah menjadi bertambah buruk,” ujar beliau.

Menurutnya, di tengah-tengah kabut perang itu, pedagang telah membeli emas dan minyak untuk melindungi serta mengimbangi pelaburan utama mereka pada hujung minggu lalu.

Ketua eksekutif JP Morgan, Encik Jamie Dimon, menganggap dunia mungkin sedang memasuki daerah yang belum pernah diterokai.

“Ini mungkin masa paling berbahaya yang pernah dilihat dunia sejak beberapa dekad lalu,” katanya.

Encik Dimon, seperti ramai yang lain dalam pasaran, bimbang bahawa perang Ukraine dan konflik Israel-Hamas mungkin mempunyai kesan meluas ke atas pasaran komoditi, perdagangan dan geopolitik.

Di Singapura, Indeks Straits Times mencatat peningkatan bersih 0.4 peratus pada minggu lalu.

Data Bursa Singapura (SGX) menunjukkan bahawa saham yang mendapat aliran masuk dana institusi bersih yang tertinggi termasuk OCBC Bank, DBS Bank, UOB, SGX, ST Engineering, CapitaLand Investment, StarHub, Sats dan Singtel.

Sementara itu, kebimbangan terbesar bagi pasaran ialah bagaimana perkembangan di Timur Tengah akan memberi kesan meluas dan berpanjangan di seluruh dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >