Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kursus digital: The Codette Project antara 13 badan kerjasama dengan Google

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT Google telah bekerja sama dengan 13 pertubuhan termasuk The Codette Project untuk menawarkan 5,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google bagi membantu warga tempatan mendapatkan kemahiran digital di bawah Skills Ignition SG.



Pertubuhan dan institusi lain termasuk Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan badan bantu diri.



Di bawah program Sijil Kerjaya Google itu, pelajar yang tidak mempunyai pengalaman atau ijazah sarjana muda boleh mendapatkan peluang belajar dalam talian di wadah pendidikan Coursera dalam empat bidang - sokongan IT, pengurusan projek, analitik dana dan rekaan UX.



Setiap kurikulum itu direka oleh pakar dalaman Google dan direka bagi melengkapi pelajar dengan kemahiran asas melalui pembelajaran praktikal dan membolehkan mereka belajar mengikut rentak mereka ketika bekerja atau belajar.



Permintaan bagi karyawan teknologi terus meningkat dan pengambilan pekerjaan meningkat 4 peratus dari tahun fiskal 2019 hingga 2020 meskipun dalam kelembapan ekonomi, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Dari 2016 hingga 2020, jumlah pekerjaan teknologi dalam ekonomi tumbuh 20 peratus.



Sebuah laporan oleh syarikat AlphaBeta menunjukkan teknologi digital boleh mewujudkan nilai ekonomi sehingga $65.3 bilion setahun di Singapura menjelang 2030.



"Dengan bakat digital yang kukuh, Singapura dapat mengetuai usaha menjadi hab serantau dan teknologi sejagat. Kami tahu usaha sama antara agensi pemerintah, perniagaan dan pertubuhan masyarakat merupakan cara terbaik bagi memastikan warga Singapura mempunyai kemahiran itu,'' jelas presiden Google Asia Pasifik, Encik Scott Beaumont.



Bagi menyediakan peluang bagi warga tempatan memanfaatkan Sijil Kerjaya Google, syarikat itu akan menawarkan biasiswa bagi 5,000 pelajar untuk mendapatkan sijil itu secara percuma.



Google bekerja sama dengan lima politeknik, tiga ITE, dan badan layan diri seperti The Codette Project bagi mengedarkan biasiswa itu.



Pengasas The Codette Project, Cik Nurul Jihadah Hussain berkata pihaknya berharap mengedarkan sekitar 100 biasiswa kepada mereka yang bekerja atau tidak yang ingin melengkapi diri dalam bidang-bidang itu.



"Mereka boleh belajar mengikut rentak mereka dalam talian. Kami terbuka menarik sama ada wanita yang tinggal di rumah atau bekerja yang mempunyai pengalaman atau tidak dalam bidang digital ini untuk mengikutinya,'' kata perunding kerjaya di institut pendidikan tinggi itu.



Codette telah menyediakan pendaftaran bagi biasiswa itu dalam lamannya di thecodetteproject.com dan calon perlu menyediakan butir mengapa mereka ingin mendapatkan biasiswa itu.



Persatuan tidak mencari untung, The Codette Project, itu diasaskan pada 2015 bagi menawarkan program bagi semua golongan wanita, dengan tujuan mewujudkan ruang selamat di dalam dan di luar talian bagi mereka meneroka serta mengejar minat dan aspirasi selain memperkasa diri melalui teknologi.



Sementara itu, Google menyatakan ia telah membentuk sebuah konsortium majikan bagi menghubungkan lulusan dari Skills Ignition SG dengan majikan yang memerlukan calon bertauliah.



Antara anggota dalam konsortium itu termasuk Coca-Cola, Fairprice Group, Fraser and Neave (F&N), Integrated Health Information Systems (IHiS), L'Oreal Singapore, Pixel Mechanics, SP Group dan SPH Media Limited,



Dilancarkan bersama Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), IMDA dan SkillsFuture Singapore pada Julai 2020, Skills Ignition SG telah membantu lebih 3,200 warga Singapura meningkatkan kemahiran mereka dan menyediakan pengalaman industri dalam bidang-bidang seperti teknologi awam, pemasaran digital dan kejuruteraan data dengan asas pembelajaran mesin.




"Mereka boleh belajar mengikut rentak mereka dalam talian. Kami terbuka menarik sama ada wanita yang tinggal di rumah atau bekerja yang mempunyai pengalaman atau tidak dalam bidang digital ini untuk mengikutinya.''
- Pengasas Codette Project, Cik Nurul Jihadah Hussain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >