Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kutipan cukai S’pura naik 13.1% pasca-Covid-19 cerminkan pemulihan ekon

Sep 06, 2023 | 04:55 PM



Hasil cukai Singapura bagi tahun kewangan (FY) 2022/2023 meningkat 13.1 peratus kepada $68.6 bilion berbanding tahun sebelumnya – mencerminkan pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid-19 berakhir, menurut Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) pada Rabu.

Kutipan hasil cukai meningkat merentas kebanyakan jenis cukai.

Cukai Pendapatan Korporat (CIT) sebanyak $4.9 bilion, menyumbang 62 peratus daripada peningkatan $7.9 bilion dalam kutipan cukai berikutan pendapatan korporat yang memberangsangkan.

CIT terus membentuk bahagian terbesar kutipan hasil Iras iaitu 33.7 peratus atau $23.1 bilion.

Kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) meningkat $1.5 bilion disebabkan penggunaan lebih tinggi dan pemulihan dalam ketibaan antarabangsa, kata Iras.

Secara keseluruhan, GST membentuk 20.5 peratus atau $14.1 bilion kutipan cukai.

Hasil cukai pendapatan individu meningkat sebanyak $1.3 bilion disebabkan oleh pendapatan peribadi lebih tinggi.

Ia merupakan sumber kedua terbesar hasil cukai Iras pada 22.6 peratus, atau $15.5 bilion, dengan 83 peratus adalah daripada pembayar cukai yang pendapatan tahunan melebihi $150,000.

Bagaimanapun, kutipan cukai setem jatuh 12 peratus atau $0.8 bilion, ekoran jumlah urus niaga yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Ia menyumbang 8.7 peratus daripada hasil cukai atau $6 bilion.

“Cukai yang dikutip digunakan untuk menyokong program ekonomi dan sosial Singapura untuk mencapai pertumbuhan bermutu dan masyarakat inklusif,” kata Iras.

Pihak berkuasa itu mengeluarkan $4.6 bilion dalam bentuk geran kepada lebih 120,000 perusahaan untuk menyokong pengambilan pekerja setempat dan pertumbuhan gaji bagi warga Singapura di bawah pelbagai skim termasuk Insentif Pertumbuhan Pekerjaan, Skim Kredit Gaji Progresif, Kredit Pekerjaan Kanan dan Geran Pemulihan Perniagaan Kecil, lapor The Business Times.


Iras juga menyatakan bahawa ia telah melancarkan beberapa inisiatif pada 2022 untuk menjadikan pemfailan cukai lebih lancar bagi perniagaan dan individu.

Ini termasuk pelancaran ‘chatbot’ yang menyediakan “jawapan segera” kepada pembayar cukai yang perlu menyemak cukai tertunggak, status pembayaran dan status pemfailan Borang IR21 untuk pelepasan cukai.

Iras menyatakan 70 peratus pembayar cukai yang menggunakannya telah memberi penilaian positif.

Inisiatif ini membawa kepada peningkatan 12 peratus dalam penggunaan perkhidmatan digital bantu diri Iras, berjumlah 43 juta transaksi pada FY 2022/2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >