Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Laba bank S’pura kekal tinggi, didorong kadar faedah tinggi

May 14, 2024 | 06:13 PM



Bank Singapura dijangka terus menikmati keuntungan lebih tinggi, didorong oleh kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh lebih lama.

Bagaimanapun, pelbagai cabaran terus wujud dalam perkara seperti permintaan pinjaman, kata penganalisis.

DBS Group Holdings dan OCBC Bank memulakan 2024 yang kukuh dengan pendapatan meningkat ke paras tertinggi baru, dirangsang faktor seperti pendapatan yuran lebih tinggi disebabkan sentimen pasaran lebih kukuh.

Di DBS, bank pemberi pinjaman terbesar Singapura, keuntungan bersih bagi suku pertama 2024 meningkat 15 peratus kepada $2.95 bilion.

OCBC, bank terakhir yang melaporkan keputusan kewangannya pada 10 Mei, meraih keuntungan bersih suku pertama yang naik 5 peratus kepada $1.98 bilion, lapor The Straits Times (ST).


Namun, UOB mengalami permulaan agak suram pada 2024 kerana keuntungan bersihnya turun 2 peratus kepada $1.49 bilion, di tengah-tengah kos pembiayaan lebih tinggi dan persaingan sengit dalam kalangan bank bagi pinjaman bermutu tinggi.

Pengarah kanan dalam pasukan institusi kewangan Asia-Pasifik, Fitch Ratings, Encik Willie Tanoto, berkata kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh lebih lama telah memanjangkan masa bagi tiga bank itu meraih margin faedah bersih (NIM) yang lebih baik.  

Menurut beliau, ini akan membantu bank tersebut terus menikmati pendapatan yang melebihi paras rekod yang dicatat pada 2023.

“Jangkaan pasaran mengenai pemotongan kadar faedah Fed (Lembaga Simpanan Federal) Amerika Syarikat yang tertangguh, membuat hasil aset terus tinggi.

“Bagaimanapun, sedang bank lebih memahami bahawa kadar faedah telah memuncak, ia dapat menyesuaikan strategi pembiayaan untuk mengurangkan kos deposit,” katanya.

Beliau percaya bahawa tiga bank utama Singapura itu mempunyai kedudukan pasaran kukuh dan kuasa menetapkan harga dalam pasaran tempatan Singapura untuk mengawal kos pembiayaan secara berkesan, dan pada masa sama, mengekalkan asas deposit yang mantap.

Dalam taklimat keputusan kewangan bank masing-masing, ketua di tiga bank utama itu turut melahirkan keyakinan bahawa bank mereka akan terus menikmati NIM lebih baik, yang mengukur perbezaan antara pendapatan faedah yang diraih oleh bank, dengan jumlah faedah yang dibayar kepada pendeposit.

Tiga bank tersebut menikmati prestasi NIM lebih baik, sedang Fed Amerika terus kekalkan kadar faedah yang mantap, walaupun sebelum ini ia dijangka mengurangkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >