Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Laba Great Eastern pada suku kedua naik 45%

Jul 31, 2024 | 5:22 PM
Bagi enam bulan pertama 2024, jumlah jualan baru Great Eastern meningkat 34 peratus kepada $972.5 juta, disebabkan jualan rancak di pasaran Singapura dan Malaysia.
Bagi enam bulan pertama 2024, jumlah jualan baru Great Eastern meningkat 34 peratus kepada $972.5 juta, disebabkan jualan rancak di pasaran Singapura dan Malaysia. - Foto ST

Syarikat insurans Great Eastern pada 31 Julai mencatat keuntungan bersih yang meningkat 45 peratus kepada $280.4 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun.

Ini berbanding keuntungan bersih $193.2 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2023.

Bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2024, keuntungan bersih syarikat itu meningkat 34 peratus kepada $587.1 juta, berbanding $437.2 juta bagi tempoh sama setahun lalu.

Ini didorong oleh keuntungan lebih tinggi daripada perniagaan insurans, selain prestasi pelaburan menggalakkan dalam dana pemegang saham, menurut Great Eastern, anak syarikat OCBC.

Pendapatan sesaham bagi suku kedua 2024 naik 35 peratus kepada $1.24 daripada $0.92 bagi tempoh sama setahun lalu.

Lembaga pengarah Great Eastern mengisytiharkan dividen awal sebanyak 45 sen sesaham untuk separuh tahun pertama 2024, yang akan dibayar pada 29 Ogos, lapor The Business Times (BT).

Jumlah dividen itu ialah 12.5 peratus lebih tinggi berbanding pembayaran dividen sebelumnya dan menepati amalan Great Eastern untuk membayar dividen progresif yang seiring dengan trend keuntungan berpanjangan, kata syarikat itu.

Bagi suku kedua 2024, jumlah jualan baru syarikat itu meningkat 34 peratus kepada $448.3 juta, daripada $335 juta bagi suku kedua 2023.

Nilai terbenam perniagaan baru (NBEV) bagi suku kedua – satu ukuran keuntungan jangka panjang jualan baru – mencapai $175.7 juta, naik 12 peratus daripada $156.4 juta bagi tempoh sama setahun lalu.

Bagi enam bulan pertama 2024, jumlah jualan baru meningkat 34 peratus kepada $972.5 juta daripada $725.9 juta.

Ini disebabkan jualan rancak yang berterusan di pasaran Singapura dan Malaysia, kata syarikat itu.

Hasil perkhidmatan insurans bagi separuh tahun pertama 2024 meningkat 11 peratus kepada $412 juta, daripada $371.2 juta, disebabkan pendapatan insurans lebih tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Great Eastern, Encik Khor Hock Seng, berkata syarikat itu terus memberi tumpuan “untuk mencapai pertumbuhan jangka panjang yang dapat dikekalkan”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg