KEUNTUNGAN bersih kumpulan Second Chance Properties Ltd (SCP) menjulang sebanyak 44.5 peratus mencapai $14.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2022, didorong oleh pelaburan saham dan pakaian.

Laba itu tidak termasuk keuntungan $6.66 juta yang diraih hasil penjualan ekuiti, menurut kumpulan itu kepada Bursa Singapura (SGX) semalam.