Premium
Laba SingPost naik 12% kepada $360j
Aug 13, 2020 | 5:30 AM
MENINGKAT: Pendapatan kumpulan SingPost meningkat 12 peratus kepada $360 juta untuk suku fiskal pertama yang berakhir 30 Jun 2020. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -
PENDAPATAN kumpulan Singapore Post (SingPost) meningkat 12 peratus kepada $360 juta untuk suku fiskal pertama yang berakhir 30 Jun lalu, daripada $321 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
Ini disebabkan oleh peningkatan yang berterusan dalam jumlah penghantaran e-dagang rentas sempadan dalam perniagaan pos dan bungkusan antarabangsa serta anak syarikat CouriersPlease dan Quantium Solutions, kata syarikat perkhidmatan pos dan penghantaran kelmarin.

