Laksana langkah tambahan bila uruskan jenazah pesakit Covid-19
Premium
Laksana langkah tambahan bila uruskan jenazah pesakit Covid-19
Aug 14, 2020 | 5:30 AM
PERALATAN TAMBAHAN: Encik Iskandar (paling kanan) dan kakitangannya mengenakan peralatan tambahan semasa menguruskan jenazah pesakit penyakit berjangkit seperti Covid-19. Antara peralatan yang digunakan ialah pelitup N95 dan peralatan pelindung peribadi (PPE). - Foto ihsan SINGAPORE MUSLIM CASKET & MARBLE CONTRACTOR -
SEJAK penularan Covid-19 di Singapura, syarikat pengurusan jenazah Singapore Muslim Casket & Marble Contractor Pte Ltd telah mengurus sebanyak empat jenazah pesakit yang masih positif Covid-19 ketika mereka meninggal dunia.
Mengongsi pengalaman mengurus jenazah itu, Pengurus Operasi Encik Iskandar Dzulkhairi Hj Abdul Aziz, menjelaskan bahawa prosesnya berlainan dan memerlukan kakitangan yang sudah pun menjalani latihan khas.

