Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Langkah boleh diambil kurangkan kesan alam sekitar dalam projek jejambat Tengah: LTA

May 30, 2023 | 04:11 PM



PEMBINAAN tukaran trafik, yang akan menghubungkan penduduk bandar Tengah yang baru dengan Ekspreswe Kranji (KJE), mungkin memberi impak yang tidak dapat dibalikkan semula ke atas kawasan hutan yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi.

Usaha membersihkan kira-kira 22 hektar tanah berhutan dan tumbuh-tumbuhan untuk memberi ruang kepada tukaran kenderaan juga dijangka memudaratkan populasi nasional bagi 13 spesies tumbuhan yang penting dari segi ekologi, dan mengurangkan habitat semula jadi untuk fauna jarang ditemui, seperti kupu-kupu harlequin dan burung raja laut bertelinga biru.

Ini adalah antara dapatan penilaian kesan alam sekitar (EIA) oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang diterbitkan di laman webnya pada 28 April. Orang ramai diberikan masa sehingga Jumaat lalu untuk memberi maklum balas.

Pada 2020, projek itu mendapat kritikan kerana menceroboh koridor hutan seluas kira-kira 60 hektar, yang bertujuan untuk dikekalkan sebagai laluan selamat hidupan liar antara hutan tadahan barat dan Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah atau Central Catchment Nature Reserve.


Lembaga Perumahan dan Pembangunan sebelum ini memperuntukkan koridor hutan sepanjang 5 kilometer di bandar Tengah yang akan datang – kira-kira seluas saiz Bishan pada 700 hektar – untuk kesalinghubungan ekologi.

LTA berkata kumpulan alam semula jadi telah terlibat sejak setahun lalu untuk mengkaji kesan yang boleh dijangkakan dalam projek jejambat tersebut dan langkah-langkah mitigasi yang dicadangkan oleh firma kejuruteraan CH2M Hill Singapore, yang menjalankan EIA.

Penilaian keseluruhan adalah bahawa langkah-langkah itu boleh membawa kesan alam sekitar ini ke “tahap yang boleh diterima”, tambahnya.

Langkah-langkah ini termasuk membina pembetung – struktur yang membolehkan air mengalir di bawah jalan raya ke seberang jalan – dan lintasan hidupan liar sementara untuk mengarahkan haiwan keluar dari kawasan pembinaan.

Tumbuh-tumbuhan akan ditanam semula di kira-kira 3 peratus daripada koridor hutan, atau 1.8 hektar, yang dibersihkan untuk jejambat itu sebaik sahaja kerja-kerja pembinaan selesai, kata LTA sebagai menjawab pertanyaan The Straits Times.


Apabila siap pada penghujung 2027, pusat tukaran kenderaan Tengah akan antara lain terdiri daripada jalan bertingkat menuju ke KJE. Kerja pembinaan dijadualkan bermula pada penghujung tahun 2023.

EIA telah mendapati bahawa walaupun dengan langkah-langkah mitigasi, kawasan hutan yang lebih besar mengelilingi projek itu akan terjejas secara negatif oleh pembinaan.

Laporan itu menandakan potensi kecederaan akibat kemalangan atau kematian kepada hidupan liar yang disebabkan oleh jentera berat dan kenderaan yang digunakan semasa pembinaan, serta hilangnya kesalinghubungan ekologi bagi haiwan seperti tenggiling Sunda yang sangat terancam.

Kededua kesan negatif utama secara langsung dan tidak langsung dijangka mengancam 18.3 hektar hutan tanah terbiar, yang mempunyai spesies tumbuhan dan haiwan yang mempunyai kepentingan pemuliharaan, kata laporan itu.

Kucing harimau bintang dan rama-rama harlequin, yang kededuanya sangat terancam di sini, dan memerang licin yang terancam di peringkat nasional adalah antara fauna yang dirakamkan dalam habitat hutan tanah terbiar yang terjejas – separuh daripadanya akan ditebang untuk jejambat.

Secara khususnya, laporan itu menyatakan bahawa rama-rama yang tinggal di hutan telah diketahui berlaku di tanah besar Singapura sahaja, di tapak yang dahulunya diliputi tumbuh-tumbuhan di Taman Cleantech di Jurong.

Dr Shawn Lum, bekas presiden Persatuan Alam Semula Jadi (Singapura), yang merupakan salah satu kumpulan alam semula jadi yang terlibat, berkata: “Setiap kali saiz habitat dikecilkan, daya tampung habitat yang tinggal juga berkurangan – lebih sedikit spesies boleh ditampung, dan lebih sedikit jumlah bilangan setiap spesies.”

Sabagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kehilangan habitat dan makanan untuk rama-rama harlequin, laporan itu mencadangkan agar pakar ekologi menyelamatkan semua larva yang ditemui pada tumbuhan di kawasan yang dibersihkan, dan penanaman tumbuhan yang menjadi rumah kepada serangga dalam kawasan tumbuhan seluas 30 meter kali 5 meter di tapak tersebut.

Laporan itu juga menyatakan satu batas – usaha itu tidak meliputi keseluruhan pembangunan Bandar Tengah.

Ahli pemuliharaan berkata ketidakupayaan laporan itu untuk mengambil kira kesan kesemua projek pembinaan di hutan Tengah dan kawasan hijau di sekeliling menyebabkan sukar untuk menjangka sama ada langkah yang dirancang akan mencukupi untuk melindungi hidupan liar daripada pembangunan.

Dr Lum, yang juga pensyarah kanan di Sekolah Alam Sekitaran Asia, Universiti Teknologi Nanyang, berkata banyak haiwan dalam tinjauan itu mungkin bergantung kepada kawasan yang lebih besar daripada tapak yang diliputi dalam EIA, kerana mereka diketahui berkeliaran.

Sebagai contoh, tenggiling Sunda yang tinggal di tanah yang dirakamkan di tapak projek memerlukan habitat bersalinghubung untuk tujuan penyebaran. Lantas itu, kerja-kerja dan pembangunan lain yang sedang berlangsung hampir pasti akan memberi kesan kepadanya.

Dr Lum berkata: “Persoalannya ialah berapa banyak hidupan liar yang terdapat dalam tinjauan itu akan berjaya bertahan di koridor alam semula jadi yang sangat berkurangan, dan menggunakan jalur garis tumbuh-tumbuhan sebagai habitat utama mereka.”

Cik Rachael Goh, daripada pasukan perancangan guna tanah, kumpulan alam sekitar LepakInSG, berkata dengan pembangunan Tengah yang berlaku secara berperingkat dan pelbagai agensi yang mengurus aspek-aspek pembangunan yang berbeza, pendekatan itu tidak memetakan kesan pembangunan ke atas hutan Tengah secara keseluruhan dengan tepat.

Beliau berkata: “Sebagai contoh, tindakan mitigasi yang biasa dilakukan ialah menghalakan hidupan liar ke arah tengah hutan Tengah.

“Walaupun itu mungkin mencukupi buat masa ini, melihat kepada rancangan pembangunan jangka panjang, bukankah kawasan itu sudah ditetapkan untuk pembangunan bagi kegunaan kediaman atau komersial?”

Kumpulan itu juga menggesa agar adanya langkah untuk mengurangkan konflik antara manusia dan hidupan liar semasa dan selepas pembinaan, memandangkan rancangan sudah tersedia untuk mengembala hidupan liar ke hutan bersebelahan dan taman perumahan yang akan datang.

LTA berkata ia komited untuk melaksanakan semua langkah mitigasi yang diperlukan dan bekerjasama dengan konsultan-konsultan alam sekitar untuk melaksanakan Pelan Pemantauan dan Pengurusan Alam Sekitar (EMMP) yang menyeluruh.

Ia berkata: “Kami akan menilai dan mengukuhkan lagi EMMP jika perlu, sedang projek itu berjalan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >