MENJELANG 31 Oktober, bank di sini akan melaksanakan langkah menetapkan had transaksi automatik bagi pemindahan dana dalam talian kepada $5,000 atau lebih rendah.

Ini adalah antara langkah-langkah tambahan yang diumumkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Persatuan Bank Singapura (ABS) pada Khamis (2 Jun) dalam usaha melindungi pelanggan dari pada kejadian penipuan perbankan digital.

Langkah lain termasuk memerlukan pengesahan tambahan oleh pelanggan untuk memproses perubahan besar pada akaun mereka dan transaksi risiko tinggi lain yang dikenal pasti melalui pengawasan penipuan. Bank juga akan menyediakan ciri kecemasan bagi pelanggan menggantung akaun mereka dengan pantas jika mereka mengesyaki akaun bank mereka terjejas.

Selain itu, bank akan memudahkan operasi pembekuan akaun dan pemulihan dana yang cepat dengan menempatkan bersama kakitangan bank di Pusat Anti-Penipuan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Usaha juga akan dilakukan untuk memper tingkat sistem pemantauan penipuan bagi mengambil kira pelbagai senario penipuan. Langkah-langkah tersebut dilakukan dengan konsultasi bersama MAS dan SPF, dengan bank-bank di sini sedang melaksanakannya secara ber tahap, kata MAS dan ABS dalam kenyataannya pada Khamis.

Pengerusi ABS, Encik Wee Ee Cheong, ber kata industri perbankan sentiasa menyemak dan melaksanakan langkah-langkah yang wajar dan selamat untuk melindungi pelanggan daripada penipuan sementara membolehkan mereka melakukan urusan perbankan dengan mudah.

"Memerangi penipuan, sama ada digital atau sebaliknya, memerlukan usaha dan kerjasama semua - bank, pemain ekosistem dan juga pelanggan.

"Kesedaran awam dan sikap sentiasa ber waspada adalah penting. Kami komited bekerja sama dengan semua pihak berkepentingan untuk menegakkan kepercayaan dan ke yakinan perbankan digital," kata beliau.

Timbalan Pengarah Urusan (Penyeliaan Kewangan) MAS, Cik Ho Hern Shin, pula berkata langkah-langkah tambahan itu akan memperkukuh keupayaan pelanggan melindungi diri mereka daripada penipuan perbankan digital.

"MAS akan terus bekerjasama dengan agensi pemerintah dan institusi kewangan lain untuk memperkukuh daya ketahanan sistem kewangan kita terhadap penipuan," kata beliau.

Dalam pada itu, sebuah Jawatankuasa Tetap ABS mengenai Penipuan, yang terdiri daripada tujuh bank penting dari segi sistem domestik, akan meneruskan kerja Pasukan Bertindak Anti-Penipuan yang ditubuhkan pada 2020.

Ini demi memastikan pelaburan berterusan dalam inisiatif antipenipuan industri. MAS dan ABS berkata jawatankuasa itu akan melaporkan diri secara langsung kepada Majlis ABS dan akan memacu usaha antipenipuan industri, melaksana langkah-langkah kukuh untuk melindungi pelanggan, dan memperkukuh ke yakinan awam dalam keselamatan perbankan digital.

Tugas memerangi penipuan di bawah jawatankuasa itu akan dirasmikan dalam lima aliran kerja utama - pendidikan pelanggan, pengesahan, pemantauan penipuan, pengendalian pelanggan dan pemulihan serta perkongsian kerugian yang saksama.

Sementara itu, satu rangka kerja draf yang bertujuan mencapai perkongsian kerugian yang saksama antara pelanggan dengan insitusi kewangan kini sedang dimuktamadkan. Ia akan disediakan bagi rundingan awam sebagai sebahagian Garis Panduan Perlindungan Pengguna Pembayaran Elektronik yang disemak tidak lama lagi.