Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langkah ketat baru dilancar kukuhkan keselamatan di tempat kerja

May 23, 2023 | 5:00 PM
LANGKAH BARU: Beberapa langkah HSP akan dikekalkan, manakala langkah baru akan diperkenalkan untuk mengukuhkan langkah keselamatan di tempat kerja di peringkat sektor, syarikat dan pekerja.
LANGKAH BARU: Beberapa langkah HSP akan dikekalkan, manakala langkah baru akan diperkenalkan untuk mengukuhkan langkah keselamatan di tempat kerja di peringkat sektor, syarikat dan pekerja. - Foto fail

TEMPOH Keselamatan Dipertingkat (HSP) selama sembilan bulan untuk menangani peningkatan kematian di tempat kerja akan berakhir seperti dirancang pada 31 Mei, berikutan penurunan kadar kematian.

Namun, beberapa langkah HSP akan dikekalkan, manakala langkah baru akan diperkenalkan untuk mengukuhkan langkah keselamatan di tempat kerja, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Ini termasuk satu set kriteria kehilangan kelayakan keselamatan untuk binaan awam dan penyertaan tender berkaitan pembinaan, untuk kontraktor di semua peringkat serta memperluaskan Sistem Mata Demerit (DPS).

Ketika memberi ucapan pada pelancaran Kempen WSH (Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja) Kebangsaan 2023, Encik Zaqy berkata HSP telah memenuhi tujuannya supaya majikan lebih mengutamakan keselamatan selain menurunkan kematian di tempat kerja.

Kadar kematian merosot kepada 0.8 bagi setiap 100,000 untuk September 2022 sehingga kini, berbanding kepada 1.5 bagi setiap 100,000 pekerja untuk Januari hingga Ogos 2022 sebelum tempoh HSP.

Purata jumlah kematian menurun hampir separuh, daripada 4.5 sebulan sebelum HSP kepada 2.4 semasa HSP.

Namun, Encik Zaqy menyebut kadar kecederaan utama masih membimbangkan.

Kadar kecederaan utama pada September 2022 hingga Mac 2023 meningkat kepada 19.2 bagi setiap 100,000 pekerja berbanding kepada hanya 16.8 pada Januari hingga Ogos 2022.

Katanya, impak HSP tidak rata di semua sektor dengan sektor binaan menjadi penyumbang utama dari segi bilangan mutlak kecederaan serius dan kematian di tempat kerja.

Beliau menegaskan masih terdapat lebih banyak yang harus dilakukan untuk mengukuhkan lagi WSH di sini.

Ini termasuk mengekalkan beberapa langkah HSP, dan memperkenalkan Langkah Akauntabiliti, Fokus dan Pemerkasaan Keselamatan (Selamat) baru untuk mengukuhkan pemilikan WSH secara asas dan mampan di sektor, syarikat dan peringkat pekerja.

Salah satu langkah yang akan diperkenalkan adalah untuk mempunyai keselamatan yang lebih ketat dalam tender Entiti Pemerolehan Pemerintah.

Di bawah langkah ini, pemerintah akan memperkenalkan set kriteria kehilangan kelayakan keselamatan untuk pembinaan awam dan penyertaan tender berkaitan pembinaan, untuk kontraktor di semua peringkat.

Ini bermakna semua kontraktor utama dan subkontraktor yang ingin menyertai sesuatu projek mestilah mempunyai prestasi keselamatan minimum.

Selain itu, sistem DPS akan dilanjutkan kepada sektor pembuatan, untuk meningkatkan standard dan amalan WSH.

Di bawah DPS, pelanggaran WSH yang serius atau konsisten boleh membawa kepada penggantungan sementara daripada menggaji pekerja asing.

“Kami telah melihat peningkatan dalam sektor pembinaan daripada pelaksanaan DPS. Pengembangan DPS kepada sektor ini akan membantu mengukuhkan pemilikan WSH dalam sektor ini,” kata Encik Zaqy.

Pelaksanaan langkah-langkah ini akan diterajui oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan. Maklumat lanjut akan dikongsi oleh MTI dan MOM tentang langkah ini dalam masa akan datang.

“Kami telah melihat peningkatan dalam sektor pembinaan daripada pelaksanaan DPS. Pengembangan DPS kepada sektor ini akan membantu mengukuhkan pemilikan WSH dalam sektor ini.”
Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg