Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lanjutan dua skim pembiayaan bantu aliran tunai peniaga

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH pemerintah melanjutkan dua skim pinjaman disambut baik oleh Pengarah Urusan syarikat Priboy Shipping Supplies, Cik Farzana Begum Mohd Yusoff yang bercadang mengambil pinjaman baru bagi mengukuhkan perniagaan e-dagangannya yang menjual bahan-bahan makanan.



Beliau sudah pun mendapat $100,000 dari bank DBS di bawah Pinjaman Penyambung Sementara setelah perniagaannya yang membekalkan bahan makanan ke kapal-kapal terjejas akibat pandemik Covid-19.



Kelmarin, Menteri Kewangan Lawrence Wong mengumumkan bahawa dua program bantuan pinjaman bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) dilanjutkan lagi enam bulan hingga 31 Mac tahun depan.



Ia adalah Program Pinjaman Penyambung Sementara dan Skim Pembiayaan Perusahaan Dipertingkat - Pinjaman Perdagangan.



"Tahun lalu, saya mendapatkan pinjaman $100,000 dari DBS kerana pendapatan syarikat terjejas teruk kerana banyak kapal yang berlabuh di Singapura berkurangan akibat Covid-19. Kini, keadaan masih sukar dan pendapatan dari perniagaan itu masih 50-60 peratus berbanding tempoh pre-pandemik," kata Cik Farzana.



Oleh itu, beliau telah beralih ke perniagaan e-dagangan (www.alyusoff-sg.com) bagi menjual bahan makanan kepada orang awam.



Baru-baru ini, beliau telah mendapatkan mangga dari Pakistan untuk dijual di laman e-dagangannya dan kedai-kedai runcit.Sambutannya amat menggalakkan sehingga beliau mendapatkan bekalan baru dari negara itu.



Syarikatnya juga sedang dalam proses perbincangan untuk mendapatkan kentang dan bawang dari Pakistan hasil kerjasama dengan Kedutaan Pakistan di sini dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).



"Alhamdulillah, dengan perniagaan e-dagangan ini, saya dapat bertahan dan membantu menjana pendapatan baru. saya berharap menokok pinjaman atau mendapatkan pinjaman baru bagi mengukuhkan lagi perniagaan e-dagangan ini," ujar Cik Farzana.



Di tengah-tengah Covid-19 yang mencabar tahun lalu, beliau sukar mendapat satu pun kapal untuk membekalkan bahan makanannya. Kalau sebelum ini, beliau boleh membekalkan sehingga tujuh kapal pada satu hari.



Encik Wong berkata bantuan itu dilanjutkan agar pemerintah dapat terus menyediakan sokongan bagi SME kerana akses kepada kredit merupakan nadi penting bagi mereka mengharungi krisis pandemik Covid-19.



Beliau menambah syarat bagi kedua-dua skim itu tidak berubah, termasuk perkongsian risiko pemerintah sebanyak 70 peratus.



Program Pinjaman Penyambung Sementara menyediakan akses kepada modal kerja bagi keperluan perniagaan, manakala Skim Pembiayaan Perusahaan Dipertingkat - Pinjaman Perdagangan pula menyokong perusahaan dalam keperluan perdagangan, seperti pinjaman modal kerja luar negara.



Mengulas mengenai lanjutan itu, Presiden DPPMS Encik Farid Khan berkata meskipun keadaan ekonomi bertambah baik, masa ada SME yang menghadapi masalah aliran tunai.



"Sejak setahun lalu, skim-skim itu telah membantu banyak peniaga. Oleh kerana SME sukar mendapat akses kepada geran, lanjutan dua skim itu dari pemerintah amat penting dan kami yakin ia akan membolehkan peniaga untuk mengekalkan dan mengembangkan perniagaan mereka dalam tempoh ini," kata Encik Farid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >