Latihan PCP bantu pekerja Citi asah kemahiran, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:52
Asar
4:06
Maghrib
6:53
Isyak
8:03
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja0

Latihan PCP bantu pekerja Citi asah kemahiran

Jul 29, 2021 | 05:30 AM

KEHADIRAN dan sokongan rakan sekerja yang berlatarbelakang budaya yang berbeza memberi peluang kepada seseorang untuk mendengar pandangan daripada sudut berlainan semasa menghuraikan pelbagai isu.

Ini terutamanya penting tatkala menyelesaikan masalah yang dihadapi klien yang berlainan.

Pandangan itu dikongsi Penasihat Khidmat Digital Pusat Kontak Citibank Singapura, Encik Ahmad Naim Rahmat, yang menambah bahawa sekitaran yang pantas di tempat kerjanya bermakna beliau dapat menangani berbagai-bagai projek dalam satu-satu masa.

“Yang pasti di sini terdapat banyak penekanan terhadap kepelbagaian dan penyertaan yang saya gemari.

“Di Citi, saya mempunyai rakan sekerja daripada budaya yang berbeza, yang membantu dalam pekerjaan saya memandangkan kami berbincang tentang kelompok klien yang berbeza.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

“Dengan adanya rakan sekerja sedemikian, kami tidak tertakluk kepada satu pandangan sahaja, tapi mampu mendengar dan menimbangkan perspektif berbeza untuk membantu pelbagai isu yang dihadapi klien,” katanya lagi.

Encik Ahmad Naim telah bekerja dengan bank gergasi itu sejak lapan tahun lalu dan tugasan utamanya kini ialah menangani panggilan pelanggan berkaitan produk bank seperti kad kredit, pinjaman rumah dan pinjaman peribadi.

Sebagai menyokong perkembangan kerjayanya, Encik Ahmad Naim telah dilengkapi dengan kemahiran baru di bawah Program Penukaran Profesional (PCP) di mana beliau telah menyelesaikan latihan dalam melakar perjalanan pelanggan, pemikiran desain, automasi dan siber keselamatan yang kian penting dalam ekonomi digital.

“Sekitaran di sini juga amat pantas. Maka saya dapat menguruskan berbilang projek dalam satu-satu masa dan ini membuat saya berasa puas.

“Dengan lebih banyak tanggungjawab, saya dapati diri saya belajar dengan lebih pantas sedang saya melengkapi diri dengan kemahiran baru pada masa yang sama,” tambahnya dalam jawapan e-mel beliau.

Ditanya akan masa depan kerjayanya dalam tempoh lima tahun akan datang, Encik Ahmad Naim berharap terus menyertai pasukan transformasi Pusat Kontak bank itu.

Baginya, ini akan membenarkan beliau menangani masalah utama iaitu isu yang dihadapi pelanggan dan menjadikan tugasnya lebih berkesan menerusi proses digital.

Encik Ahmad Naim beralih kepada peranan barunya selaku Pengurus Pengalaman Khidmat mulai bulan ini (Julai) di mana beliau membantu pengurusnya di Pusat Kontak menguruskan panggilan yang bertambah serta memperbaiki tahap khidmat pusat itu secara keseluruhannya.

Sebagai pakar dalam proses tertentu, produk dan khidmat yang diuruskannya, Encik Ahmad Naim juga telah ditugaskan untuk mengalihkan pengetahuan itu kepada rakan pasukannya yang lain.


CITI TERBUKA TARIK PEKERJA PELBAGAI LATAR BELAKANG

ASPEK kepelbagaian termasuk membuka peluang kepada wanita untuk maju dalam kerjaya menjadi keutamaan dalam syarikat bank gergasi, Citi.

Ini kerana sebagai sebuah bank global, terdapat banyak “suara yang perlu didengar” dan memastikan adanya perwakilan wanita yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang sikap berat sebelah.

Menyatakan demikian semasa satu wawancara dengan media, Ketua Nilai Bersih Tinggi Perbankan Privet Citi, Cik Chan San-San, berkata budaya keterbukaan sedemikian merupakan amalan Citi sejak sekian lama.

AMALKAN KEPELBAGAIAN, PERSPEKTIF BERBEZA

“Saya fikir proses kepelbagaian yang diamalkan Citi meliputi segala yang kami lakukan. Bukan sekadar dalam hal jantina sahaja.

“Yang pasti kami tumpukan kepada kepelbagaian atau perspektif berbeza kerana sebagai sebuah bank global, terdapat bakat global di mana sahaja.

“Dan kami ingin pastikan semua suara didengar, dan terdapat usaha untuk memastikan agar kami libatkan wanita di semua negara.

“Salah satu daripadanya adalah latihan untuk wanita yang berlangsung di setiap peringkat.

“Terdapat juga sokongan rangkaian untuk wanita yang menekankan kepelbagaian, membantu mereka bersosial, dan meluaskan rangkaian hubungan,” katanya.

BUKTIKAN MAMPU PIKUL TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN

Beliau menambah, dari sudut pengambilan pekerja, bank itu juga memastikan adanya perwakilan daripada kededua lelaki dan wanita.

Begitu juga panel yang menjalankan temu ramah bagi menggajikan pekerja, tambah ibu seorang anak perempuan itu lagi.

Sepanjang 18 tahun pengalamannya dalam bank itu, Cik Chan telah meraih pelbagai pengalaman dalam pelbagai jabatan dan berjaya membuktikan yang beliau mampu memikul tanggungjawab kepimpinan.

Bersetuju dengannya, Pengarah Penjualan dan Huraian, Pasaran Korporat Citi di United Kingdom (UK), Encik Fonzarelli Ong, berkata sokongan yang diberi kepada kakitangan wanita amat jelas.

“Contohnya, terdapat seorang rakan sekerja wanita saya yang bercuti selepas bersalin.

“Rakan-rakan sekerja yang lain tiada masalah mengambil alih tugasannya.

“Terdapat juga aturan cuti untuk kaum bapa apabila isteri mereka melahirkan. Jelas sokongan sebegini begitu terserlah di tempat kerja kami,” katanya.

Tahun lalu, Citi Singapore telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan melanjutkan cuti kelahiran anak kepada kaum bapa daripada dua minggu kepada empat minggu.

Citi telah berada di Singapura sejak 1902 dan pada masa ini, ia mempunyai sekitar 8,500 kakitangan di Singapura. Ini termasuk kakitangan kontrak juga.

RANCANG AMBIL SEHINGGA 1,500 KAKITANGAN DI SINGAPURA

Baru-baru ini, syarikat itu telah mengumumkan bahawa ia merancang untuk mengambil sehingga 1,500 kakitangan di Singapura, sedang ia berusaha meluaskan perniagaan pengurusan kekayaan pelanggan.

Pengambilan pekerja baru itu akan menyokong rancangannya untuk menambah asetnya sebanyak dua kali ganda di bawah pengurusan dan tiga kali ganda untuk klien mewahnya ditambah seganda setengah menjelang 2025.

Encik Ong menyertai Citi sejak 2005 dan telah memimpin beberapa bahagian dalam syarikat itu termasuk Ketua Perbankan Peribadi Antarabangsa (Citibank Hong Kong) dan Ketua Inisiatif Strategik (Citibank Hong Kong).

Menyentuh tentang inisiatif pembangunan bakat, Ketua Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi Citibank Singapore, Cik Serene Gay, berkata syarikat itu menyediakan program khusus yang membantu membangunkan keupayaan kakitangannya, termasuk untuk kaum Hawa.

BANGUNKAN BAKAT LEBIH MUDA

“Selain membangunkan diri sendiri, ia juga memberi kami peluang membentuk dan membangunkan bakat-bakat lebih muda dalam syarikat ini.

“Terdapat topik tertentu seperti cara bekerja, dan untuk wanita bagaimana untuk kami maju dalam sekitaran kerja kita,” jelasnya.

Selain itu, terdapat juga peluang untuk beliau sendiri meluaskan rangkaian perkenalannya menerusi program yang disediakan.

Cik Gay mempunyai pengalaman selama 16 tahun di Citi serata Singapura, Thailand dan China.

Bagi Cik Chan pula, program yang disediakan bukan sekadar untuk kaum Hawa semata-mata. Malah, salah satu program yang dihadirinya di New York selama enam bulan memberi beliau dan para peserta lain peluang bekerja di beberapa jabatan Citi di sana dan belajar daripada kakitangan lebih kanan di sana.


ANTARA PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT DALAMAN CITI

> Program ID awal
– Program di Asia Pasifik bagi sokong komitmen bank terhadap kepelbagaian jantina.
– Sasar dapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus perwakilan wanita dalam pengambilan kakitangan penganalisa musim panas tahunannya bagi Perbankan Pelaburan serta perniagaan Pasaran dan Khidmat Keselamatan (MSS).
– Bidang itu dianggap lebih mencabar untuk diperolehi berbanding bidang lain dalam
perkhidmatan perbankan dan kewangan.
– Ingin bangunkan “saluran” pakar bank wanita yang berpotensi dalam perniagaan tersebut.

> Penganalisis Musim Panas
– Program ini bermula dengan latihan intensif bagi sediakan kemahiran dan pengetahuan penting serta orientasi menyeluruh kepada budaya Citi.
– Setelah itu, peserta menghabiskan musim panas bekerjasama dengan satu pasukan
dan/atau diberi tugasan khusus sebagai cara meraih pengalaman yang mendalam.
– Peserta sertai program bimbingan (mentoring), acara meluaskan rangkaian, siri penceramah dan peluang pembangunan lain.
– Di akhir sesi belajar sambil bekerja itu, calon cemerlang akan dipertimbangkan dan
diutamakan dalam proses pemilihan bagi pekerjaan sepenuh masa.

> Program Penganalisis/Sekutu sepenuh masa
– Berlangsung selama 24 hingga 36 bulan.
– Bertujuan membangunkan kelompok bakat berbilang dimensi bagi membentuk peranan
kepimpinan masa depan Citi.
– Dicapai menerusi beberapa cara seperti rotasi kerja, sukatan pelajaran latihan yang
dikhususkan, pendedahan berterusan, penilaian kelakonan dan program pembimbing
dan pendamping.
– Penganalisis atau sekutu juga diberi peluang pembangunan kepimpinan

> Program EDGE
– Ditawarkan menerusi pejabat Bakat dan Kepelbagaian Asia Pasifik Citi.
– Ada empat modul selama 90 minit dan disasarkan terhadap kakitangan wanita di
peringkat Penolong Naib Presiden.
– Pekerja akan pilih kemahiran dari peringkat pemimpin kanan di Citi dan penyelaras luar
berdasarkan beberapa ciri:
– Kenal pasti kemampuan mereka di tempat kerja.
– Cipta jenama mereka sendiri.
– Kemahiran dalam perhubungan.
– Bentuk kemahiran kepimpinan.
– Bantu dalam peralihan dan perubahan.
– Hasilkan nilai strategik.

> Program kepimpinan wanita inspirasi (IWLP)
– Mempunyai lima modul sepanjang 90 minit setiap satu.
– Ia paparkan pemimpin kanan dan penyelaras luar meliputi topik mengenai pengaruh,
memimpin perubahan dan penyampaian dalam membina kepimpinan dalam kalangan
Naib Presiden dan Naib Presiden Kanan yang berpotensi tinggi.

> Program pembangunan kepimpinan wanita Citi (CWLDP)
– Ditawarkan menerusi pejabat Bakat dan Kepelbagaian Sejagat Citi.
– Program tiga hari ini direka untuk membangunkan kakitangan wanita yang berpotensi tinggi
di peringkat pengarah dan pengarah urusan dengan membangunkan kemampuan
kepimpinan mereka.
Objektif program termasuk:
– Kukuh kemahiran kepimpinan mereka, pengetahuan organisasi dan kebolehan
memberi isyarat sebagai bersedia memikul lebih tanggungjawab.
– Luaskan rangkaian profesional mereka.
– Bantu mereka berkembang menjadi juara dan contoh.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map