Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 17,000 mohon tangguh bayar ansuran gadai janji

Apr 20, 2020 | 12:38 PM
KESAN KORONAVIRUS: Lebih 17,000 pengguna mohon tangguh bayar ansuran gadai janji.
KESAN KORONAVIRUS: Lebih 17,000 pengguna mohon tangguh bayar ansuran gadai janji. - Fail

LEBIH 17,000 pengguna telah memohon untuk menangguhkan pembayaran ansuran gadai janji, sekaligus mengesahkan kesan yang dihadapi akibat penularan koronavirus, lapor The Business Times hari ini.

Jumlah ini, yang dikumpulkan oleh akhbar tersebut merentasi tujuh bank runcit utama di sini, dianggarkan para ahli ekonomi membentuk kira-kira 3 peratus daripada nilai pinjaman gadai janji di sini, dan kira-kira 2 peratus isi rumah masih mempunyai pinjaman rumah yang tertunggak.

Sekurang-kurangnya 3,000 pelanggan bank telah memohon untuk mengubah baki pinjaman mereka dalam kredit peribadi tanpa cagaran kepada pinjaman mengikut tempoh mengikut kadar faedah yang lebih rendah, seperti mana yang ditawarkan berdasarkan langkah-langkah bantuan kewangan yang diperkenalkan baru-baru ini.

Para pemerhati memberitahu akhbar itu, bahawa peningkatan tersebut, meskipun tidak dianggap tinggi secara tuntas, menunjukkan sektor-sektor ekonomi secara meluas dan isi rumah terjejas akibat penularan Covid-19, dan dijangkakan jumlah itu akan meningkat ditambah dengan jumlah kehilangan pekerjaan lebih tinggi dan potongan gaji yang berlaku.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg