Lebih ramai warga Malaysia mohon kerja di Singapura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih ramai warga Malaysia mohon kerja di Singapura

May 13, 2022 | 6:06 PM

Lebih ramai warga Malaysia mohon kerja di Singapura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Jumlah iklan pekerjaan dan pemohon pekerjaan dari Malaysia meningkat selepas Singapura dan Malaysia membuka sempadan 1 April lalu. - Foto fail
Jumlah iklan pekerjaan dan pemohon pekerjaan dari Malaysia meningkat selepas Singapura dan Malaysia membuka sempadan 1 April lalu. - Foto fail -

SINGAPURA: Jumlah iklan pekerjaan dan pemohon pekerjaan dari Malaysia meningkat selepas kedua-dua negara membuka sempadan 1 April lalu, menurut perangkaan beberapa gerbang pekerjaan. Dalam tempoh empat minggu selepas pengumuman pembukaan semula sempadan pada 24 Mac lalu, bilangan iklan pekerjaan di FastJobs meningkat 15 peratus berbanding setahun lalu, kata syarikat FastJobs. Bilangan pekerja Malaysia yang membuat permohonan kerja juga meningkat berlipat ganda berbanding setahun lalu atau empat minggu sebelumnya.

Dari 20 Mac hingga 16 April, terdapat 7,500 pemohon pekerjaan warga Malaysia dalam FastJobs, naik tiga kali ganda berbanding 2,538 setahun lalu, lapor The Business Times Singapura.

Ia juga meningkat 2.5 kali berbanding 2,918 pemohon dari 20 Februari hingga 19 Mac, menurut Berita Harian Malaysia yang turut melaporkannya. Sempadan yang dibuka antara Malaysia dengan Singapura pada 1 April membolehkan mereka yang menerima suntikan vaksin penuh COVID-19 untuk memasuki kedua-dua negara tanpa ujian coronavirus atau kuarantin. Satu lagi gerbang pekerjaan, JobStreet, juga melihat iklan dan pemohon pekerjaan meningkat sejak sempadan dibuka, namun enggan memberikan perangkaan pemohon dari Malaysia. Pengarah Urusan JobStreet Singapore, Cik Chew Siew Mee, berkata beberapa sektor menyumbang kepada kenaikan iklan pekerjaan termasuk sumber manusia (HR), pendidikan, makanan dan minuman (F&B), serta runcit. Pengurus Besar FastJobs Singapore, Cik Lim Huishan, menjangkakan pemulihan dan permintaan lebih tinggi dalam pelbagai sektor ketika syarikat memulakan usaha menggajikan semula pekerja, termasuk sektor pelancongan. Tambah beliau, kebanyakan iklan pekerjaan FastJobs termasuk pergudangan, logistik, pelayan, F&B, penjualan, runcit, pemasaran dan khidmat pelanggan.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg