Lebih sokongan bagi sektor kejuruteraan jitu jalin kerjasama
Premium
Lebih sokongan bagi sektor kejuruteraan jitu jalin kerjasama
Chun Sing umum peningkatan skim Perkongsian bagi Transformasi Keupayaan (PACT) sedang permintaan sektor dijangka terus berkembang
Nov 17, 2020 | 5:30 AM
LAWAT SYARIKAT: Encik Chan Chun Sing mendengar taklimat dari Pengarah Urusan Rohde and Schwarz, Encik Andy Goh (kanan), semasa lawatannya bagi meninjau khidmat dan huraian teknologi yang dibangunkan oleh kumpulan teknologi itu. - Foto ZAOBAO -
SOKONGAN bagi syarikat dalam sektor kejuruteraan jitu untuk memupuk kerjasama lebih rapat, akan dirangsang dengan peningkatan dalam skim Perkongsian bagi Transformasi Keupayaan (PACT), sedang permintaan dalam sektor itu dijangka terus berkembang.
Antara peningkatan itu ialah kadar sokongan bagi kos kelayakan untuk bukan syarikat kecil dan sederhana (SME) akan dinaikkan kepada 70 peratus berbanding 50 peratus sekarang bagi kategori tenaga kerja.

