Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lendlease Global Reit terus tumpu pada pasaran S’pura

Jul 15, 2024 | 4:34 PM
LReit telah memperoleh beberapa hartanah, termasuk Jem (gambar) – pembangunan pelbagai kegunaan di Jurong East pada 2022.
LReit telah memperoleh beberapa hartanah, termasuk Jem (gambar) – pembangunan pelbagai kegunaan di Jurong East pada 2022. - Foto LENDLEASE GLOBAL COMMERCIAL REIT

Pengembangan perniagaan syarikat Lendlease Global Commercial Reit (LReit) pada umumnya tertumpu pada pasaran Singapura sejak beberapa tahun lalu.

Ini walaupun Reit tersebut masih mengintai pelbagai peluang di pasaran luar negara, kata pengurus syarikat Dana Amanah Pelaburan Hartanah (Reit) tersebut.

Sejak Tawaran Awam Awal (IPO) syarikat itu di Bursa Singapura (SGX) pada Oktober 2019, LReit telah memperoleh Jem – pembangunan pelbagai kegunaan di Jurong East; pegangan 10 peratus dalam pusat beli-belah Parkway Parade; dan ruang acara pelbagai fungsi di Grange Road.

Hartanah lain dalam portfolionya termasuk pusat beli-belah 313 @ Somerset di Orchard Road dan tiga bangunan pejabat Gred A di Sky Complex di Milan, Italy, lapor The Business Times (BT).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lendlease Global Commercial Trust Management, Encik Kelvin Chow, berkata bahawa bagi pasaran Singapura, syarikatnya terus memberi tumpuan kepada aset pejabat dan runcit.

Beliau menceritakan pengalaman memperoleh Jem pada 2022, dengan LReit berjaya mencapai “sokongan penuh” pemegang unit dana amanah itu bagi pembelian tersebut.

Pemerolehan tersebut, yang mengumpul kira-kira $1.7 bilion, mendapat sokongan 99 peratus daripada pelabur institusi dan runcit semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) syarikat itu.

Selepas pemerolehan tersebut, aset di bawah pengurusan LReit meningkat sekitar 2.6 kali ganda kepada $3.65 bilion, manakala permodalan pasaran ekuitinya naik sekitar seganda kepada $1.4 bilion.

Encik Chow menjelaskan bahawa sokongan padu daripada pemegang unit dana amanah itu bagi pembelian Jem, disebabkan mereka boleh “menyentuh dan merasa, serta boleh pergi ke sana dan memeriksa sendiri aset tersebut”.

Penaja Reit tersebut ialah Lendlease Corporation, sebuah kumpulan hartanah dan prasarana antarabangsa yang beribu pejabat di Australia.

Lendlease Corporation mempunyai beberapa hartanah di bawah portfolionya di Singapura yang boleh disertakan ke dalam LReit pada masa depan – pusat beli-belah Paya Lebar Quarter, Paya Lebar Green, dan baki kepentingan dalam Parkway Parade.

Syarikat tersebut juga terlibat dalam pembinaan, pengurusan pembangunan dan pengurusan bagi projek seperti Shaw Tower dan Singtel Comcentre, yang boleh membuka peluang baru untuk Reit mengambil alih dalam urusan penjualan dan pajakan semula.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg