Mahkamah Tinggi SG henti kemungkinan jualan, pindahan token tidak mudah alih milik lelaki
Premium
Mahkamah Tinggi SG henti kemungkinan jualan, pindahan token tidak mudah alih milik lelaki
May 20, 2022 | 5:30 AM
DAPAT PERLINDUNGAN: Injunksi Mahkamah Tinggi melindungi BAYC No. 2162, sebuah NFT yang ingin didapatkan semula oleh Encik Janesh Rajkumar. -
BUAT pertama kali, seorang lelaki warga Singapura telah memenangi injunksi mahkamah untuk menghentikan sebarang kemungkinan penjualan dan pemindahan hak milik token tidak mudah alih (NFT) yang dimilikinya sebelum ini.
Injunksi itu, yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Singapura Jumaat lalu (13 Mei), juga dikatakan yang pertama di Asia - dan juga secara global untuk pertikaian komersial semata-mata - bagi melindungi NFT.

