Topik diikuti
Pergi ke BHkuManfaat pengalaman 12 tahun untuk jadi mentor syarikat startup
Oct 10, 2020 | 5:30 AM
Manfaat pengalaman 12 tahun untuk jadi mentor syarikat startup
SELAMA 12 tahun berkecimpung dalam industri perniagaan baru, banyak onak dan duri dilalui Encik Muhammad Amin Nordin serta pelajaran ditimba untuk menjadi usahawan di negara ini.
Pengalaman itulah yang mendorong Encik Muhammad Amin, 35 tahun supaya menjadi mentor kepada para peniaga baru dalam peraduan startup nasional, ideasinc 2020 yang dianjurkan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).