Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Mantan ketua global modal ekuiti SGX sertai firma JP Wilson

Dec 20, 2023 | 04:50 PM



Mantan ketua global pasaran modal ekuiti Bursa Singapura (SGX), Encik Mohamed Nasser Ismail, telah menyertai firma penasihat pertumbuhan JP Wilson, selepas meninggalkan SGX pada akhir Oktober lalu.

Setelah menyertai firma itu pada November, beliau mengetuai cabang strategi pasaran modal yang baru ditubuhkan JP Wilson, dalam memberikan perkhidmatan nasihat kepada syarikat di Asia Tenggara mengenai penjanaan modal melalui pasaran modal persendirian atau awam, kata rakan kongsi pengurusan, Dr Wilson Chew, kepada akhbar The Business Times (BT).


Ini termasuk perkhidmatan nasihat kepada pelanggan tentang cara terbaik untuk mendekati Tawaran Awam Awal (IPO), yang memerlukan “perancangan teliti dan pelaksanaan tepat pada masanya”, kata Dr Chew, yang juga pengerusi kumpulan syarikat petrokimia tempatan Fortrec Group.

Khidmat nasihat IPO ini melibatkan penilaian kesediaan pelaburan syarikat, ujian tekanan sistem tadbir urus dalamannya selain membangunkan struktur ekuiti yang sesuai, tambah Dr Chew.

Encik Nasser berkhidmat sebagai peguam negeri di Jabatan Peguam Negara sebelum menyertai SGX pada 2005 sebagai ketua penguatkuasaan.

Dalam kerjayanya selama 18 tahun di bursa tempatan itu, beliau memegang beberapa jawatan termasuk peranan sebagai ketua pasaran modal ekuiti bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta ketua pembangunan pasaran sebelum mengambil alih peranan ketua global pasaran modal ekuiti SGX dari 2014 hingga 2023.

Awal bulan ini, Encik Nasser dilantik sebagai penasihat kanan di firma guaman WongPartnership.

Beliau juga menerima pelantikan sebagai penasihat lembaga di penyedia perkhidmatan pasaran modal W Capital Markets.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >