SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mantan pengarah urusan pertama SIA meninggal dunia

Mantan pengarah urusan pertama SIA meninggal dunia

Mendiang Lim Chin Beng berusia 90 tahun; Sumbangan besar dalam membangunkan dan memajukan SIA di persada dunia
Oct 21, 2022 | 9:38 PM

Mantan pengarah urusan pertama SIA meninggal dunia

MENGHARUMKAN SINGAPURA DI MATA DUNIA: Mendiang Encik Lim Chin Beng berkhidmat sebagai pengarah urusan pertama syarikat penerbangan itu dari 1972 hingga 1982. Beliau meninggal dunia hari ini (21 Okt) pada usia 90 tahun. - Foto
MENGHARUMKAN SINGAPURA DI MATA DUNIA: Mendiang Encik Lim Chin Beng berkhidmat sebagai pengarah urusan pertama syarikat penerbangan itu dari 1972 hingga 1982. Beliau meninggal dunia hari ini (21 Okt) pada usia 90 tahun. - Foto - FAIL

Encik Lim Chin Beng, pengarah urusan pertama Singapore Airlines yang mengemudi syarikat penerbangan itu melalui tahun-tahun awalnya yang bergelora meninggal dunia hari ini (21 Okt) pada usia 90 tahun.

Beliau dikenang dengan sikapnya yang tenang dan pengurusan mantap semasa memimpin syarikat itu.

Menurut laporan The Straits Times yang menukil kenyataan syarikat penerbangan itu, SIA berkata pihaknya bersedih dengan pemergiannya dan memberi penghormatan kepada sumbangan dan bimbingannya yang besar.

Encik Lim berkhidmat sebagai pengarah urusan pertama syarikat penerbangan itu dari 1972 hingga 1982, dan kemudian sebagai timbalan pengerusi dari 1982 hingga 1996.

"Apabila SIA ditubuhkan pada 1972, syarikat penerbangan itu terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sebelum menjadi syarikat penerbangan antarabangsa yang terkenal di peringkat global kerana kecemerlangan perkhidmatan dan produk bertaraf dunia. Kepimpinan berwawasan Encik Lim dan perhatian terhadap perincian membantu membentuk sebahagian besar daripada jenama SIA yang sinonim dengan (kejayaan) hari ini," kata syarikat penerbangan itu.

"Encik Lim juga akan diingati kerana menjadi mentor kepada beberapa generasi pekerja SIA, yang kebanyakannya telah memegang jawatan kepimpinan kanan dalam syarikat. Kami berterima kasih atas sumbangan besar beliau, baik kepada Kumpulan SIA dan Singapura."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg