Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MariBank lancar akaun pelaburan keluar tunai segera dengan Lion Global

Oct 03, 2023 | 04:56 PM



Bank digital MariBank dan Lion Global Investors, telah melancarkan Mari Invest, satu akaun pelaburan dengan ciri keluar tunai segera.

Ia adalah produk seumpama itu yang pertama di Singapura yang ditawarkan oleh sebuah bank, kata MariBank pada Selasa, 3 Oktober. 

MariBank ialah cabang perbankan digital Asia Tenggara manakala pengurus aset Lion Global Investors ialah anak syarikat milik penuh OCBC.

Menurut MariBank, Mari Invest direka untuk “memudahkan pelaburan” dengan meniadakan halangan tradisional seperti jumlah pelaburan minimum yang tinggi, caj jualan atau platform dan tempoh ikat pelaburan yang panjang dengan garis masa penebusan yang panjang.

Akaun pelaburan itu tidak mempunyai mempunyai caj jualan atau platform dan tidak mengenakan tempoh ikat masa atau penalti untuk pengeluaran.

Pelabur boleh mula melabur dari $1 dan boleh mengeluarkan sehingga $10,000 pelaburan mereka setiap hari, tertakluk kepada ketersediaan.

Produk yang boleh didapati menerusi Mari Invest termasuk dana Lion-MariBank SavePlus, yang diurus oleh Lion Global dan merangkumi khususnya bil dan dana bon Penguasa Kewangan Singapura (MAS). Dana tersebut diagihkan secara digital dan ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan MariBank.

Dengan menawarkan akses kepada produk seperti bil perbendaharaan MAS, dana pasaran wang dan bon, MariBank berkata akaun pelaburan menawarkan peluang untuk “menyertai dalam pulangan lebih tinggi sambil mengekalkan risiko portfolio keseluruhan rendah”.

Ketua eksekutif MariBank, Encik Zheng Yudong, berkata bahawa Mari Invest menawarkan pelanggan “satu cara mudah untuk mengurus kekayaan mereka dengan risiko yang agak rendah.”

“Tawaran gabungan dengan MariBank, sebuah bank digital, menjadikan ia sangat mudah dan lancar buat pelabur kerana ia akan disepadukan dengan solusi perbankan MariBank,” kata ketua eksekutif Lio Global, Encik Teo Joo Wah.

Pengguna produk simpanan utama MariBank, Akaun Simpanan Mari, mempunyai pilihan untuk memindahkan dana dengan lancar daripada akaun simpanan mereka kepada akaun Mari Invest.

Kededua akaun pelaburan dan simpanan tersedia kepada pengguna yang layak di Singapura, yang boleh mendaftar akaun mereka dengan memuat turun aplikasi MariBank menerusi stor aplikasi Apple atau Google. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >