Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS arah Wirecard hentikan khidmat bayaran di S'pura, kembalikan wang pelanggan

Sep 30, 2020 | 9:49 PM
DIARAH HENTIKAN KHIDMAT BAYARAN DI SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengarahkan entiti Wirecard di Singapura agar menghentikan khidmat pembayaran mereka di sini serta mengembalikan wang pelanggan. - Foto AFP
DIARAH HENTIKAN KHIDMAT BAYARAN DI SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengarahkan entiti Wirecard di Singapura agar menghentikan khidmat pembayaran mereka di sini serta mengembalikan wang pelanggan. - Foto AFP -

PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah mengarahkan entiti Wirecard di Singapura agar menghentikan khidmat pembayaran mereka di sini.

Menjelaskan demikian dalam satu kenyataan pada Rabu (30 September), MAS berkata entiti tersebut harus mengembalikan semua wang pelanggan menjelang 14 Oktober.

"MAS telah memantau kesan ketidakmampuan membayar Wirecard AG terhadap keupayaan Wirecard SG meneruskan khidmat bayaran di Singapura.

"MAS juga telah mendekati Wirecard SG dalam tempoh beberapa bulan terakhir ini untuk melindungi kepentingan pelanggan Wirecard SG.

"Ini termasuk memerlukan Wirecard SG menyimpan wang pelanggan di bank sekitar Singapura dan membantu pelanggan beralih kepada penyedia khidmat alternatif," tambah kenyataan itu.

"MAS juga akur bahawa Wirecard SG telah memberitahu pihak berkuasa bahawa ia tidak dapat meneruskan usaha menyediakan khidmat memproses bayaran kepada sebilangan besar peniaga," kata MAS lagi.

Justeru, MAS telah menilai bahawa demi kepentingan masyarakat, Wirecard SG perlu menghentikan khidmat pembayarannya dan segera mengembalikan semua wang pelanggan.

"Ini memberi kepastian dan jaminan terbesar kepada pelanggan mengenai tindakan yang sesuai termasuk dalam mencari penyedia khidmat alternatif," kata MAS.

Ia juga menambah pembayaran kad kredit pada pedagang yang menggunakan khidmat Wirecard SG serta penggunaan kad prabayar yang dikeluarkan firma berkenaan akan terjejas.

Kaedah pembayaran elektronik lain seperti Nets, PayNow dan SGQR akan terus disediakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg