Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS beri amaran kepada pelabur bitcoin agar bertindak dengan berhati-hati

Dec 20, 2017 | 3:28 PM
MAS memberi amaran bahawa mata wang kripto seperti bitcoin bukanlah mata wang yang sah di sisi undang-undang. - Foto Reuters
MAS memberi amaran bahawa mata wang kripto seperti bitcoin bukanlah mata wang yang sah di sisi undang-undang. - Foto Reuters -

PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan amaran tegas kepada mereka yang mahu melabur supaya bertindak dengan sangat berhati-hati dan memahami risiko apabila memilih mahu melabur dalam mata wang kripto.

"MAS amat prihatin orang awam mungkin tertarik mahu melabur dalam mata wang kripto seperti bitcoin kerana harganya yang melambung baru-baru ini," ujar kenyataan MAS.

MAS memberi amaran bahawa mata wang kripto bukanlah mata wang yang sah di sisi undang-undang.

"Ia tidak dikeluarkan oleh mana-mana pemerintah dan tidak disokong oleh sebarang aset atau pihak pengeluar," kata MAS sambil menarik perhatian bahawa kenaikan nilai mata wang kripto telah didorong oleh spekulasi.

"Risiko harga merosot dengan mendadak sangat tinggi.

"Pelabur dalam mata wang kripto harus sedar bahawa terdapat risiko yang mereka akan kehilangan semua modal mereka," tambah MAS lagi.

Kebimbangan tentang ledakan bitcoin telah meningkat sejak harganya melambung sebanyak 1,700 peratus sejak awal 2017 kepada setinggi AS$19,666 ($26,480) pada Ahad lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg