Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS, CAD siasat pegawai firma hartanah, pelayanan

Jun 5, 2020 | 10:45 AM
JALANKAN SIASATAN BERSAMA: MAS dan CAD telah melancarkan siasatan bersama terhadap pengarah dahulu dan terkini, serta pegawai yang bertanggungjawab menguruskan firma pelaburan bagi hartanah dan khidmat pelayanan, Eagle Hospitality Trust.
JALANKAN SIASATAN BERSAMA: MAS dan CAD telah melancarkan siasatan bersama terhadap pengarah dahulu dan terkini, serta pegawai yang bertanggungjawab menguruskan firma pelaburan bagi hartanah dan khidmat pelayanan, Eagle Hospitality Trust. - - Foto: FAIL

PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dari Pasukan Polis Singapura telah melancarkan siasatan bersama terhadap pengarah dahulu dan terkini, serta pegawai yang bertanggungjawab menguruskan firma pelaburan bagi hartanah dan khidmat pelayanan, Eagle Hospitality Trust (EHT).

Dalam kenyataan bersama itu hari ini, MAS dan CAD menyatakan mereka disiasat kerana disyaki melanggar syarat pendedahan di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.

Penyiasatan ini bermula dari rujukan oleh Peraturan Bursa Singapura (SGX RegCo).

Ia susulan satu semakan yang diumumkan oleh MAS dan SGX RegCo pada 20 April lalu terhadap kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan yang relevan serta peraturan penyenaraian yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi EHT.

Cakupan siasatan akan diperluas jika bukti yang diperoleh menunjukkan ada kesalahan lain mungkin telah dilakukan.

EHT adalah amanah yang terdiri daripada Eagle Hospitality REIT (EH-REIT) dan Amanah Perniagaan Eagle Hospitality.

Perdagangan unit EHT ditangguhkan secara sukarela pada 24 Mac lalu, selepas EH-REIT gagal melakukan pembayaran pinjaman $341 juta.

Kegagalan pembayaran pinjaman itu disebabkan kegagalan Urban Commons LLC, pemajak utama harta EHT, untuk (i) meletakkan dengan EHT jumlah penuh wang pendahuluan keselamatan yang perlu dibayar di bawah perjanjian pajakan induk, dan (ii) membuat pembayaran sewaan tepat pada masanya sejak Disember 2019.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg