Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS saran rangka kerja guna wang digital di S’pura

Jun 22, 2023 | 02:17 PM



Wang digital mempunyai potensi untuk memudahkan transaksi yang lebih cekap dan meningkatkan rangkuman kewangan, terutamanya dalam dunia pendigitalan pesat hari ini, namun ia bukan tanpa cabarannya.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu, menghasilkan Kertas Putih menyarankan piawaian bagi penggunaan aset digital demi mewujudkan protokol dan syarat umum untuk penggunaannya, lapor The Straits Times.


Aset digital merujuk kepada perwakilan nilai digital, termasuk pemilikan aset kewangan atau aset ekonomi sebenar.

Wang digital yang terangkum di bawah Kertas Putih itu termasuk mata wang digital bank pusat (CBDC), deposit bank token dan stablecoin yang berpotensi dikawal dengan baik.

Tidak seperti mata wang kripto seperti Bitcoin, yang lebih tidak menentu, wang digital sedemikian biasanya dikaitkan pada mata wang dunia sebenar, komoditi atau institusi kewangan dan oleh itu secara amnya dianggap lebih stabil.

Kertas Putih MAS itu membentangkan satu set keperluan untuk melindungi penggunaan aset tersebut sebagai medium pertukaran dan menyediakan gambaran keseluruhan teknikal mengenai Wang Terikat pada Tujuan (PBM).

Ini sedang institusi kewangan dan syarikat fintech di Singapura mengambil langkah ke arah penggunaan aset digital.

Beberapa syarikat ini termasuk syarikat terkenal seperti Amazon dan Grab.

Walaupun penggunaan aset sedemikian boleh membantu perniagaan dan syarikat menjadikan pembiayaan perdagangan lebih selamat, seperti dengan mencegah daripada penipuan, ia juga berpotensi untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna secara langsung.

Contohnya bagi individu, wang digital jenis ini boleh digunakan untuk membeli-belah dalam talian dan prapembayaran, seperti membenarkan pelanggan membayar kepada penjual hanya apabila barangan dihantar.

PBM ialah satu bentuk mata wang digital token yang terhad dalam cara ia boleh digunakan.

Secara ringkas, PBM boleh dibayangkan sebagai sejenis baucar di mana pengguna boleh menukar nilai dengan selamat tanpa memindahkan dana secara langsung.

Kertas Putih MAS itu menerangkan cara di mana PBM boleh direka supaya wang hanya dipindahkan selepas barangan atau perkhidmatan diterima dan boleh digunakan untuk melindungi kedua-dua pengguna dan peniaga.

Ia juga membentangkan proses yang mesti diikuti oleh pengguna dan institusi, serta kitaran hayat PBM.

Dengan format piawaian ini, pengguna akan dapat mengakses wang digital menggunakan pembekal dompet pilihan mereka.

Penetapan piawaian ini akan membantu dalam meningkatkan prospek wang digital menjadi komponen utama landskap kewangan dan pembayaran masa hadapan.

Penyeragaman dan penggunaan terkawal PBM boleh menambah nilai ekonomi yang ketara dan memudahkan transaksi digital yang lebih cekap dan inklusif, serta perlindungan tambahan bagi pengguna, menurut MAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >