Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS tangguh umum penerima lesen perbankan digital ke separuh kedua 2020

Apr 9, 2020 | 3:33 PM
LANJUT TEMPOH PENILAIAN: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan ia akan mengumumkan penerima lesen perbankan digital pada separuh kedua 2020.
LANJUT TEMPOH PENILAIAN: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan ia akan mengumumkan penerima lesen perbankan digital pada separuh kedua 2020. - Fail

PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) memutuskan untuk melanjutkan tempoh penilaian sebelum menawarkan lesen perbankan digital.

Sebelum ini, MAS mengumumkan tawaran lesen akan diumumkan pada Jun 2020. Sekarang, penerima lesen akan diumumkan pada separuh kedua 2020.

Dalam kenyataannya hari ini, MAS menyatakan, penularan wabak Covid-19 ke serata dunia telah menyebabkan banyak syarikat membenarkan kakitangan bekerja dari rumah selagi boleh, dan turut mengakibatkan langkah jarak selamat diperketat.

"Disebabkan keadaan ini, MAS akan melanjutkan tempoh penilaian bagi penganugerahan lesen perbankan digital. Ini akan membolehkan pemohon lesen perbankan digital untuk memberi sepenuh tumpuan dan sumber yang ada dalam mengurus kesan langsung daripada pandemik Covid-19 ke atas perniagaan mereka.

"Ini juga akan membolehkan MAS memberi tumpuan kepada sumber-sumbernya bagi memastikan kestabilan kewangan, demi memastikan institusi kewangan kekal berdaya tahan, dan berupaya melaksanakan peranan mereka dalam menyokong perniagaan dan individu mengharungi masa mencabar ini," kata MAS dalam kenyataannya itu.

Pada Januari 2020, MAS telah mengumumkan ia telah menerima sebanyak 21 permohonan bagi lesen perbankan digital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg