Premium
MAS: Tiada manipulasi mata wang bagi kelebihan eksport
Penguasa Kewangan Singapura tolak laporan Perbendaharaan Amerika Syarikat dan tindakannya meletak negara ini dalam senarai pemantauan bersama lapan negara lain
May 30, 2019 | 5:30 AM
LANGKAH DEMI PASTIKAN KEMANTAPAN NILAI DOLAR SINGAPURA: MAS berkata, rangka kerja dasar kewangan Singapura, yang berpusat pada kadar pertukaran, sentiasa bertujuan memastikan kestabilan harga jangka sederhana, dan akan kekal seperti itu. - Foto fail -
PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) berkata ia tidak menggunakan manipulasi mata wang untuk meraih kelebihan eksport.
Demikian menurut satu kenyataan MAS semalam untuk memberi respons kepada laporan Perbendaharaan Amerika Syarikat yang meletakkan Singapura dalam senarai amatan kadar pertukaran matawang dan dasar makroekonomi bersama lapan negara lain.

