Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Masalah kurang bakat, pemimpin perniagaan teroka pindah staf ke peranan lain

77% pekerja terbuka buat tugas baru dalam pertubuhan mereka menurut laporan pekerjaan, kemahiran masa depan NTUC LearningHub
Oct 26, 2023 | 07:34 PM



Sekitar 81 peratus pemimpin perniagaan menghadapi kesukaran mengisi pekerjaan kosong pada 2023 disebabkan kekurangan bakat yang mempunyai kemahiran relevan. Ini meningkat daripada 78 peratus pada 2021 dan 72 peratus pada 2020.

Untuk menangani masalah itu, lebih tiga dalam empat pemimpin perniagaan berkata mereka berkemungkinan memindahkan tenaga kerja mereka ke jabatan atau peranan lain.

Demikian antara dapatan utama dalam Laporan Pekerjaan dan Kemahiran Masa Depan 2023, yang berdasarkan tinjauan terhadap 650 pekerja profesional dan pemimpin perniagaan.


Laporan itu dikeluarkan oleh NTUC LearningHub pada Khamis.

Menurut laporan itu, 20 peratus pemimpin perniagaan berkata mereka ‘mungkin’ dan 58 peratus berkata mereka ‘agak mungkin’ memindahkan tenaga kerja mereka melalui pemindahan dalaman ke jabatan atau peranan lain, dalam usaha menyelesaikan masalah kekurangan bakat.

“Untuk mengatasi masalah kekurangan bakat, majikan mesti membina sistem sokongan holistik yang mengimbangi keperluan pertubuhan dan keperluan pekerja.

“Ini bermakna mengadakan dialog terbuka dengan kakitangan, mendengar, dan memenuhi keperluan mereka semasa melatih mereka.

“Dengan memupuk budaya pembelajaran berterusan, syarikat boleh memastikan tenaga kerja mereka kekal tangkas, berkebolehan dan bersedia untuk menghadapi cabaran dan peluang hari esok,” kata Ketua Pegawai Sumber Manusia NTUC LearningHub, Encik Sean Lim.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa 77 peratus pekerja terbuka untuk menggalas peranan pekerjaan baru dalam pertubuhan mereka.

Apabila ditanya alasan utama mereka ingin dipindahkan kerja secara dalaman, 63 peratus responden berkata mereka ingin mencari peluang untuk peningkatan dan pembangunan diri tanpa perlu meninggalkan pertubuhan mereka.

Alasan kedua mereka ingin meneroka pemindahan kerja secara dalaman ialah mereka ingin membina set kemahiran yang pelbagai.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa kira-kira sembilan dalam 10 pekerja, atau 91 peratus, inginkan lebih banyak sokongan daripada syarikat mereka untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran.

Ini berbanding 90 peratus pada 2021 dan 71 peratus pada 2020.

Pekerja yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu juga menyebut beberapa cabaran yang mereka hadapi untuk meningkatkan kemahiran, seperti sokongan atau bimbingan terhad daripada syarikat mereka, kekurangan masa, dan kekurangan program latihan yang tidak dibiayai sepenuhnya oleh syarikat mereka.

Mereka juga berharap dapat peluang meningkatkan kemahiran menerusi latihan sambil bekerja, latihan yang ditawarkan oleh penyedia latihan luar, dan sumber latihan percuma, menurut laporan itu.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa lebih tiga dalam empat pemimpin perniagaan besar kemungkinan meningkatkan belanjawan latihan pertubuhan mereka.

“Kebangkitan Industri 4.0 di samping ekonomi digital, penjagaan dan hijau membentuk semula industri dan mengakibatkan persaingan sengit bagi bakat terbaik. Ini memerlukan peningkatan pelaburan dalam latihan pekerja dan pembangunan kemahiran.

“Majikan boleh memanfaatkan program tersedia yang boleh diakses dan yang berpatutan, dan memanfaatkan pelbagai skim pembiayaan oleh pemerintah sambil mereka melatih semula atau meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada mereka untuk mengambil peranan pekerjaan baru,” kata Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >