Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Maybank jadi bank asing pertama tawar simpanan tetap untuk dana CPF

Jan 21, 2024 | 05:30 AM



Maybank Singapura menjadi bank asing pertama yang menawarkan simpanan tetap untuk dana daripada Akaun Biasa (OA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Bank itu menjanjikan kadar faedah 2.9 peratus setahun untuk simpanan minimum $20,000 dalam dana OA selama 12 bulan.

Ketua Eksekutif Maybank, Encik Alvin Lee, berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggan Maybank baru dan sedia ada boleh menggunakan pilihan ini untuk mengembangkan dana OA mereka untuk persaraan.

Beliau menambah: “Dalam mana-mana persekitaran pasaran, deposit masa sentiasa menjadi pilihan pelaburan malar hijau dan popular.”

Pencarum CPF yang ingin membuka akaun simpanan tetap dengan bank tersebut perlu mengunjungi cawangan Maybank untuk berbuat demikian.

Hanya empat bank di Singapura yang dibenarkan menerima dana OA sebagai simpanan tetap. Tiga daripadanya adalah bank tempatan iaitu Bank OCBC, Bank DBS dan UOB, dan sejak April lalu, Maybank.

Menurut Lembaga CPF, bank asing boleh menyediakan khidmat simpanan tetap di bawah Skim Pelaburan CPF (CPFIS) hanya jika ia telah diberi keistimewaan bank penuh (QFB) yang layak.

Maybank mula beroperasi di Singapura pada 1960, dan menerima status QFB pada Disember 2001.

Pencarum CPF mesti ketepikan $20,000 dalam OA mereka dan $40,000 dalam Akaun Khas CPF mereka sebelum boleh meletakkan sebarang lebihan simpanan CPF ke dalam simpanan tetap.

Dalam kalangan bank tempatan, OCBC merupakan satu-satunya yang menawarkan simpanan tetap di bawah CPFIS. Bank itu mula berbuat demikian pada November 2022.

Sejak Oktober 2023, pelanggan OCBC diberi pilihan memindahkan dana OA mereka secara digital ke akaun simpanan tetap mereka melalui aplikasi OCBC.

Simpanan dana OA yang dibuat secara digital memperoleh 3.1 peratus setahun, berbanding 2.7 peratus jika pelanggan berbuat demikian di cawangan OCBC.

Simpanan adalah untuk tempoh enam bulan dan pencarum CPF perlu memasukkan sekurang-kurangnya $30,000.

Sebagai perbandingan, simpanan OA memperoleh kadar faedah sebanyak 2.5 peratus, iaitu kadar faedah minimum yang digubal untuk dana tersebut.

Pencarum CPF di bawah umur 55 tahun mendapat 1 mata peratusan lebih, atau 3.5 peratus, pada $20,000 pertama baki OA.

Mereka yang berumur 55 tahun ke atas boleh mendapat 2 mata peratusan lebih, atau 4.5 peratus, pada $20,000 pertama dalam OA mereka.

Untuk melabur simpanan OA mereka, pencarum CPF perlu mempunyai Akaun Pelaburan CPF (CPFIA) dengan salah satu daripada tiga bank tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >