Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mazda Motor mohon pinjaman bagi harungi pandemik

May 10, 2020 | 9:00 AM
TEKANAN EKONOMI: Syarikat pengeluar kereta, Mazda Motor Corp, telah mengemukakan permohonan pinjaman sekitar 300 billion yen ($3.97 bilion) dari tiga bank mega dan pemiutang lain bagi mengharungi wabak koronavirus, menurut satu sumber yang punya pengetahuan langsung tentang perkara itu, semalam. 
TEKANAN EKONOMI: Syarikat pengeluar kereta, Mazda Motor Corp, telah mengemukakan permohonan pinjaman sekitar 300 billion yen ($3.97 bilion) dari tiga bank mega dan pemiutang lain bagi mengharungi wabak koronavirus, menurut satu sumber yang punya pengetahuan langsung tentang perkara itu, semalam.  - - Foto: AFP

TOKYO: Syarikat pengeluar kereta Jepun, Mazda Motor Corp, telah mengemukakan permohonan pinjaman sekitar 300 billion yen ($3.97 bilion) dari tiga bank mega dan pemiutang lain bagi mengharungi wabak koronavirus, menurut satu sumber yang punya pengetahuan langsung tentang perkara itu, semalam.

Ketiga-tiga bank mega itu - Kumpulan Kewangan Mitsubishi UFJ, Kumpulan Kewangan Sumitomo Mitsui dan Kumpulan Kewangan Mizuho - bersama-sama Bank Pembangunan Jepun, Sumitomo Mitsui Trust Holdings dan lain-lain dijangka bersetuju, dengan beberapa daripadanya telah pun menghulurkan pinjaman, kata sumber itu, tanpa ingin dikenalpasti kerana maklumat itu tidak bersifat umum.

Semua tiga bank mega enggan mengulas tentang permohonan pinjaman itu, yang dilaporkan oleh akhbar perniagaan Nikkei sebelum ini.

Mazda tidak memberikan ulasan serta-merta.

Mazda, seperti pengeluar kereta lainnya, telah mengurangkan atau menghentikan penghasilan di kilang-kilang serata dunia untuk beberapa bulan sedang pemerintah cuba membendung penularan koronavirus. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg