Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MBS suntik $1b untuk fasa kedua transformasi, bakal siap 2025

Jan 18, 2024 | 03:21 PM



Marina Bay Sands (MBS) akan menyuntik tambahan AS$750 juta ($1 bilion) untuk fasa kedua program memberi nafas baru bagi memperelok suasana mewah yang ditawarkannya. 

Pengubahsuaian yang merangkumi Tower 3, lobi, Sands SkyPark dan ciri utama lain hotel itu akan dijalankan secara berperingkat sehingga 2025, kata MBS dalam satu kenyataan pada 18 Januari.

Ia akan menjadikan jumlah pelaburan untuk program itu kepada AS$1.75 bilion.

Pengumuman itu dibuat berdasarkan pendapatan kukuh – hasil bersih meningkat 34.3 peratus kepada AS$1 bilion bagi Julai hingga September 2023, daripada AS$756 juta tahun sebelumnya. 

Dalam tempoh yang sama, hasil daripada bilik hotel di MBS milik Las Vegas Sands itu melonjak 35.9 peratus tahun ke tahun daripada AS$92 juta kepada AS$125 juta.

Menurut ketua pegawai operasi MBS, Encik Paul Town, pusat peranginan bersepadu itu telah “mencapai kemajuan yang ketara dalam menawarkan pengalaman perjalanan mewah yang terkemuka di dunia sejak dua tahun lalu”.

“Pelaburan semula fasa kedua ini akan menjadi kritikal kerana ia melonjakkan harta itu ke tahap lebih tinggi dan meletakkan kami dalam kedudukan kukuh dalam memperoleh peluang pertumbuhan masa depan,” tambahnya.

MBS berkata fasa kedua ini akan merangkumi ruang makan dan tawaran runcit baru, serta lebih daripada 550 bilik yang direka bentuk semula, termasuk 380 ‘suite’.

Transformasi hotel, yang diumumkan pada 2022 untuk kali pertama, adalah sebahagian daripada program berbilang tahun dalam mengukuhkan kedudukan resort bersepadu itu sebagai peneraju dalam industri hospitaliti mewah, kata MBS.

Di bawah fasa pertama AS$1 bilion, MBS menaik taraf sekitar 1,280 bilik di seluruh Menara 1 dan 2, dengan kira-kira 390 merupakan ‘suite’ baru.

Selepas tiga menara hotel diubah suai, akan terdapat 1,850 bilik yang diubah suai, termasuk kira-kira 770 ‘suite’.

‘Suite’ yang paling mewah (ultra-luxurious) – terbesar seluas 6,458 kaki persegi – ditempatkan di tingkat tertinggi, dari tingkat 50 hingga 54 di Tower 1 dan 2, dan dikhaskan untuk tetamu peringkat tertinggi. Pengalaman itu termasuk ketibaan VIP secara peribadi dan lif khusus, perkhidmatan pelayan atau butler dan akses eksklusif ke Paiza Sky Club, kata MBS.


Menurut pengarah kanan untuk Asia-Pasifik di firma penyelidikan industri hotel STR, Encik Jesper Palmqvist, segmen mewah itu ialah kelas hotel yang paling cepat pulih daripada pandemik Covid-19, dan kekal kukuh hari ini.

“Walaupun geopolitik terus menjadi salah satu faktor turun naik yang lebih besar mempengaruhi perjalanan global, di samping kelembapan ekonomi keseluruhan, permintaan untuk perjalanan secara amnya kekal kukuh,” tambahnya.

“Walaupun kadar sewa lebih tinggi merentas semua kelas hotel di Singapura kadangkala digambarkan sebagai penghalang dan risiko bagi pengembara untuk mencari pilihan lain, adalah penting ingat bahawa kadar sewa lebih tinggi berlaku di peringkat global. Singapura tidak bersendirian dalam hal ini,” kata Encik Palmqvist.

Pada 15 Januari, Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) berkata antara $14 bilion dengan $17 bilion dalam kontrak pembinaan dijangka diberikan oleh sektor swasta pada 2024. Projek-projek utama yang berkemungkinan termasuk pengembangan dua pusat peranginan bersepadu (IR).

Perluasan IR adalah sebahagian daripada perjanjian dengan pemerintah di mana MBS dan Resorts World Sentosa (RWS) berikrar untuk membajak gabungan $9 bilion menjadi tarikan bukan permainan baru.

MBS akan membina menara keempat yang dijangka siap pada 8 April 2028, dan menawarkan bilik hotel yang lebih mewah, serta arena hiburan secara langsung yang mampu memuatkan 15,000, antara kemudahan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >