McDonald's kekalkan cawangan Ridout Tea Garden di Queensway
Premium
McDonald's kekalkan cawangan Ridout Tea Garden di Queensway
Sep 21, 2021 | 5:30 AM
AKAN TERUS BEROPERASI: McDonald's tidak jadi menutup cawangannya di Ridout Tea Garden di Queensway ini. - Foto fail. -
CAWANGAN McDonald's di Ridout Tea Garden di Queensway akan terus beroperasi, bertentangan dengan satu pengumuman Disember lalu bahawa premis berusia 32 tahun itu bakal ditutup.
Laman Penguasa Tanah Singapura (SLA) menunjukkan tender bagi tapak itu dianugerah kepada Hanbaobao, pemegang lesen dan pengendali restoran McDonald's di Singapura, menurut akhbar The Straits Times (ST).

