Premium
MegaXpress mahu baharui tema, produk dan persembahan
Dec 12, 2016 | 5:30 AM
MAHU RANCAKKAN PERNIAGAAN: MegaXpress meninjau semula model perniagaannya termasuk memperkenalkan tema pameran baru. Ia menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa baru-baru ini. - Foto fail -
ORANG ramai boleh menjangkakan lebih banyak kelainan dari segi tema, produk dan persembahan yang akan diperkenalkan syarikat penganjur acara MegaXpress International tahun depan.
Menurut pengurus pembangunan perniagaan MegaXpress, Cik Vivienna Hamzah, syarikat itu telah meninjau semula model perniagaannya pada suku ketiga tahun ini dan memperkenalkan tema pameran yang baru.

